Rabu, 31 Disember 2014

Nikmati hari ini seperti tiada lagi esok..

Assalamualaikum..

Nah tajuk panjang tak menahan tu..bukan apa kadang2 kita ni suka tangguh2 apa yang nak di buat..
Contoh artis la kan..terus peling artis bila bagi contoh..haha..bila orang tanya bila nak berhijrah mesti cakap masih muda lagi..sedangkan tua belum pasti akan di kecapi kan..bukan je artis la..semua pon sama..dah nama manusia ..nobody's perfect..rite..
Sama cam kin pun..tapi kita sedaya mungkin cuba untuk berubah ke arah kebaikan setiap saat dan waktu..proses pembelajaran sentiasa berjalan..Lagi3 sebagai parents kita nak tunjuk teladan yang baik untuk anak2 kita..even dorang masih kecil tapi dia punya memory macam span tau..semua dia absorb..mesti korang pernah lalui anak2 kecik sikit sebanyak akan ikut habit parent kan..dah tiap hari dia duk ngadap kita kan..
Kalau bibik dr seberang yang jaga lagi la..siap complete pakej speking indon..haha..
"Buk aku ngak mau ahhhhh..." arghhh tensi para ibubapa..;)
Macam dah lari tajuk je.haha
Macam kami sedaya mungkin penuhi apa anak2 nak..bukan maksud terlalu memanjakan tapi tengok keadaan la kan..
Kalau setakat nak pi tengok pameran dinosor ke..boleh di penuhi coz tu bagus untuk minda dorang experience benda2 cam tu..tapi bila masuk je balai seni anak2 terus jadi ultraman coz nak lawan dinosor...pengaruh tv betul..**tepuk dahi
Tapi kan..tapi..kalau anak umur 5 tahun mintak nak i pad..memang tak la..tu bukan keperluan dia lagi..setakat tab biasa lulus la..actually dah 2ketul tab rosak di kerjakan anak2 tau..ni duk minta yang baru lak..huh..bertabah la hati..hihi..
Kalau nak dapat tu dia kena usaha dulu la..
Kin pasti semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak2..wang bukan ukuran sebab bagi anak2 ibubapa lah hero di hati mereka..jadi yang terbaik untuk dorang In Shaa Allah dorang akan jadi yang terbaik untuk kita..
Hargailah setiap detik kita dengan anak2..nikmati indah hidup ni..penuhi dengan kasih sayang sesama kita..dekati Yang Maha Pencipta..ibarat tiada lagi esok buat kita..syukur apa yang kita dapat untuk hari ini KERANA esok belum pasti akan tiba..

Kisah banjir lagi...

Banjir ooo banjir...
Masa kin kecik2 dulu ni salah satu yang di nantikan bila tiba cuti hujung tahun persekolahan..dulu kat rumah mak just banjir coz air hujan bertakung je tak sampai kat rumah pun..kalau nak main kena keluar ke depan sikit la..

Tapi..penghujung 2014..
Banjir yang amat besar..speechless..memang tak terfikir..umpama tsunami..
Kesan yang amat dasyat..ramai penduduk terjejas..
Terutama di kawasan gua musang dan kuala krai..bayangkan dorang punya kampung totally tenggelam..dan bila banjir mula surut..Ya Allah..tersingkap la semua kemusnahan harta benda, rumah, kereta, termasuk nyawa..
Sedih..andai kita di tempat mangsa..menangis tak berlagu bila tengok rumah hanya tinggal tapak, kereta hanyut..
Redha...ya..itulah kata azimat setiap insan..tapi betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..moga mangsa di beri kekuatan..

Banyak sekali perkongsian cerita di sebalik ujian banjir ini..yang kin ingat sorang tu cakap betapa keadaan hiruk pikuk bila air sungai mula melimpahi tebing..masing2 melarikan diri, memindahkan kenderaan, berebut beli barang makanan..keperluan..mungkin inilah keadaannya bila kiamat tiba...Ya Allah..besar ujianMu..

Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya..Allah tidak menjadikan sesuatu sia2..
Dengan ini kita sedar akan kekuasaan Allah..kun fayakun..mungkin sebelum ni kita lalai..alpa..lupa..sekurangnya dengan jentikan ini hati kita terdetik betapa Allah sayangkan kita..Allah mengingatkan kita..Allah bagi peluang untuk kita berubah..

Bersyukurla dengan apa yang kita ada..kongsilah apa yang kita punya..kerana ada yang lebih memerlukan dari kita membazir..Andai tidak ada kesempatan untuk turun membantu mangsa..andai dikejauhan..tadahkan doa ikhlas untuk ketenangan dan ketabahan hati mereka..doakan kesejahteraan kita semua..

Sesuatu yang positif bila semua turut membantu.NGO.gov.persendirian..
Di mall pun banyak yang buka kaunter serahan barang derma untuk mangsa banjir..kin juga berkesempatan berbuat demikian..sama2 lah kita menderma..sikit atau banyak bukanlah ukuran..yang penting keikhlasan hati yang di hisab Ilahi..

Lapangkan hati..syukuri nikmat..nikmati hidup berlandaskan Al-Quran dan sunnah..carilah rezeki yang halal dan berkat..

Banjir..

Masa kin taip ni 26.12.2014..(**baru teringat ni tarikh tsunami 10 tahun yang lalu kan)...nauzubillah..kawasan sebelah pantai timur, especially kelantan tanah tumpah darah ku..sedang di landa banjir yang amat dasyat..di katakan yang ni lagi besar dari tahun 2004..
Sedih.sayu.hiba bila dengar ramai yang terperangkap, rumah kediaman habis tenggelam..Bayangkan air naik sampai tingkat tiga bangunan..tika dan saat ni Kota Bharu lumpuh dek di tenggelami air..bekalan elektrik terpaksa di hentikan sejak semalam bagi mengelakkan berlaku litar pintas..Bagi yang menjadi mangsa amatla bersimpati..harta tak lagi jadi keutamaan..yang penting nyawa, keselamatan terutama anak2 kecil yang baru belajar erti kehidupan...
Tak dapat nak bayangkan keadaan mangsa..dengan elektrik tak ada..air bersih xada..yang dekat hospital lagi la..bagi yang duk ccu..icu..wad2 kritikal..ibu2 bersalin..bayi2 yang berdepan komplikasi..YaAllah besar kuasaMu..lindungilah mereka YaAllah.
Rumah family kin belum sampai lagi air banjir..tapi dah hampir katanya..moga seluruh keluarga, sanak saudara, sedara sesama Islam selamat..tabah menghadapi ujian yang amat berat ini..
Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
Pada yang tak mengalami banjir..mohon sangat agar lebih sensitif dengak keadaan mangsa..Ramai je yang kin perati yang upload dalam fb dengan caption "pesta banjir"..siap letak muka hepi lagi..E kalau adik2 daku maunya daku hempuk sekali..hihi..Korang bolehla cakap pesta kalau setakat pi celup kaki lima minit kan..tapi pernah tak terfikir akan mangsa2 yang tengah bertarung dengan masa dan keadaan..plizzz b alert ye kengkawan..
Apa pun dari Allah segalanya datang dan dengan izinNya jugak la segalanya akan kembali pulih..banyak2kan berdoa pada Yang Esa..sokongla mereka dengan doa2 ikhlas dari kita..

Selasa, 18 November 2014

Akhir tahun...jamuan..borak sesajer

Assalamualaikum...

Sekejap je masa berlalu kan..rasa baru je masuk 2014..tup tup ni dah pertengahan november..dah nak cuti sekolah..so korang mesti dah plan nak ke mana kan..ada yang nak gi holiday dengan anak2..ada yang just nak luang masa hubby-wifey je..anak2 sila la hantar balik kampung..hihi..kesian..

Kami stay kat rumah je..sekarang time hujan..dengan anak2 kecik..so..rumah la tempat paling sesuai kheeennn..;)..

Hari ni anak syikin yang sulung kat sekolah dia buat jamuan akhir tahun..Kebetulan semalam dia tak pi sekolah, nasib baik malam semalam cikgu whatsapp cakap ada majlis tu..tahu pun dekat kul 10mlm..so godek2 kat kitchen tengok apa yang ada..dapatla buat puding riang ria dua loyang dengan kek lapisan cinta satu loyang..nama tu bagi kut suka hati syikin je..haha..sape nak kesah kan..so tido almost 1pagi dah.. zzzzzzzz.....

Balik je sekolah dapat banyak lak corn stik..kek apolo..sweets..air milo kotak..roti sosej..chipsmore..syikin share dengan anak jiran..
Kena tanamkan dalam diri anak2 dari kecil lagi supaya selalu berbagi..jangan makan sendiri je..

Paling best bila abe syakir request nak bagi something untuk cikgu dia..dia suruh ibu buat biskut tat nenas bentuk buah dalam bakul pastri...tapi sorry anakanda ku sayang..ibu tak dan nak beli inti tat nenas..so jadilah kek coklat je.paling win kek coklat dalam bakul pastri..yang penting ikhlas kan..
Dia suka cikgu dia..baik n lembut katanya..syukurla..moga di halalkan segala ilmu dan moga bermanfaat dunia akhirat..

The best part is...abe punya performance dalam pembelajaran menunjukkan ada peningkatan..kedudukan naik 5 berbanding mid year exam..dapat 4A..iqra tiap hari boleh alih..gud job my boy..moga jadi anak soleh,beriman,berjaya dunia akhirat dan senantiasa di bawah lembayung Allah swt..

**pesanan untuk diri sendiri gak**
♡sentiasa bersyukur♡
♡sentiasa berlapang hati..redha♡
♡sentiasa percaya akan takdir Tuhan♡
♡hargai apa yang kita ada♡
♡niatkan semua kerana Allah♡
♡ingat pada ibuayah/mertua♡
♡berbagi pada yang perlu♡

Isnin, 10 November 2014

Syukur...

Assalamualaikum..

Hai..
Masa taip ni anak2 tido..penat main agaknya..ibu pun dapatla rest sekejap..

Rindu rasanya..
Rindu arwah ibu ayah..
Rindu adik beradik..
Rindu kampung halaman..
Rindu negeri tercinta..
Rindu masa kecik2..
Rindu nak balik..

CNY tahun depan baru nak balik kampung..adik ipar nak kawin..so mestilah nak kena balik..memeriahkan majlis..menyibukkan diri..congrats in advance to my brother in law.

Ooiihh lari tajuk...takpelah kan..saje nak bebel sikit...semalam tetiba syikin mimpi kat sorang tu...apakah maknanya..hihi..mungkin dia rindu gak kot coz dah lama tak kacau hidup ni..apapun moga kita semua happy..ye tak??

Tadi pagi ada program kat dewan MBAS.. so dapatla jumpa face2face ngan YAB menteri besaq kedah..Dato Mukhriz..wow hensem dan penuh karisma..dapat dengar dia punya speech..;)

Dalam banyak2 ayat pagi tadi..satu yang menyentuh hati.." syukur sebab Allah masih lagi pinjamkan kita nafas untuk hari ni"..

Yes..kadang kita lupa..yang kita nampak rezeki itu hanya dalam bentuk duit..tapi ada lagi yang major kita tak nampak..so bersyukurlah kita bangun pagi still dapat buka mata..tengok suami..isteri..anak2..tengok alam ciptaan Tuhan..

So enjoy ur day..enjoy ur life..work smart.. fully utilize ur time n ability..

Spend time 4 urself..4 ur Creator..

Khamis, 6 November 2014

Buli..ragging..apa nak jadi..??

Assalamualaikum...

Lately ni asyik keluar news berkenaan gejala buli kat sekolah berasrama kan..
Apapun jadi macam bermusim kan, ibarat kalau ada kes buang bayi...so minggu tu akan ada lagi kes yang sama..ni pon sama..kes buli..selang dua tiga hari dua video di dedahkan..

Macam syikin..sebagai seorang ibu kadang tak sanggup nak tengok video buli tu..kesian pada mangsa..yang tukang buli tu tak tahu la apa yang dorang fikir masa buat tu kan..budak belasan dah bertindak macam tu..kalau nanti dah besaq tak tahu la jadi apa..Ini la salah satu sebab sesetengah dari ibubapa tak rela nak hantar anak ke asrama, macam kin pon lagi prefer anak2 sekolah harian je sampai spm kot..bila dah lepas spm dorang dah tahu baik buruk kan..aisey cakap macam anak dah besar..hihi..tak pela planning kan.

Kalau kat asrama ni konon senior nak tunjuk kuasa kat junior la kan..so ragging la budak2 mentah yang baru nak kenal hidup berasrama..kalau ragging suaikenal je tak pe..setakat suruh mintak tandatangan senior ke..suruh bawak telur dalam sudu ke..eh eh..tetiba lak..haha..tak pon paling ganas suruh je jalan itik..kennn..barula sesi beramah mesra namanya..ni tak ko hentak..terajang..tampar..sedangkan ibubapa dorang pon tak pernah nak tampar anak sendiri..tu memang melampau la kan..
So..memang wajar la si pembuli di kenakan tindakan undang2...sebab apa yang dia buat tu mendatangkan kesan..fizikal dan mental..

Walau apa pun sebabnya..kita tak layak nak hukum orang dengan cara kita sendiri..negara kita ada undang2..
Kalau betul pon budak tu curi ke hape kan..ko repot je kat warden asrama..selesai cara elok..bukan g pukul ramai2 kan..
Yang kes dewasa pon ada..yang pencuri di bogelkan..di ikat kaki tangan letak tempat umum lalu lalang..itu lagi la tak masuk akal..kot ye pon dia mencuri..ko tangkap dan serah la pada yang berkuasa..polis..kan..tak payah la nak pukul orang tu sampai separuh mati..ada gak yang betul2 mati kena pukul tau..kita tak tahu di sebalik semua tu pasti ada sebab..so serah polis dan dorang akan siasat la kes tu.

Kita ni manusia biasa je..sekuat mana pon kita..segagah mana pun kita..sehebat mana pun kita..ingatlah Allah lagi maha berkuasa..ingatlah kita pun ada keluarga..ada orang yang tersayang..sama je semua orang..jadi kalau ada yang tak kena kita selesaikan ikut cara yang betul..ikut lunas undang2..InSHaaAllah segalanya akan di permudahkan.

Sebagai ibubapa ni peringatan untuk diri sendiri gak tau..sentiasa terapkan nilai2 agama dalam diri anak2 semasa masih kecil la..anak2 ni mudah di bentuk..akar kena kuat..barulah anak2 akan jadi orang yang patuh agama.hormat ibubapa.hormat orang lebih tua.hormat hak orang lain...moga anak2 keluarga kita sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah swt.aminn.

Ahad, 2 November 2014

Musim anak2 exam...

Assalamualaikum..

Salam 1436H.
Lama kin tak bersiaran..kan..biasala banyak yang nak kasi setel dulu..

Tambah pula anak syikin yang sulung, ammar exam, hari ni last day dorang exam...exam tadika..5 tahun je baru..
Sekolah dorang delay exam for two days..patutnya minggu lepas dah habis exam tapi isnin last week anak kepada pengasas merangkap cikgu meninggal dunia..daripada Dia kita datang dan kepaNya kita kembali..so sekolah cuti dua hari..Takziah buat cikgu mak ngah yang kehilangan anak tersayang.Moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang beriman..

Anak syikin sekolah Pasti..memang bagus hantar anak kat sekolah macam ni. Budak-budak di dedahkan dengan asas agama yang betul..dorang tahu baca doa...zikir..baca surah-surah pendek..belajar iqra'..even bacaan dalam solat pon dorang akan tahu..ikin tengok yang 6 tahun dah boleh ingat semua bacaan dalam solat..niat..doa iftitah..al-fatihah..surah pendek..doa qunut..tahhiyat awal n akhir..sejuk hati bila dengar anak-anak ni baca..moga anak-anak kita jadi anak yang soleh dan solehah..anak saham dunia akhirat..

Macam ammar dia ambil gak kelas iqra' kat sekolah..tapi kat rumah pon kami ajar dia personally..biasanya lepas maghrib ajar dia baca 2-3kali..so bila baca dengan cikgu dia..jadi cepat la coz kat rumah dah di ajar awal dan di ulang-ulang..Bila dia menginjak usia 7 tahun kami nak daftar kat kelas mengaji yang rasmi..ada satu yang dekat dengan rumah kami.Umur 5 tahun..yang paling penting dia tahu asas agama..pandai berkawan..terdedah dengan dunia luar..sebagai ibu ayah kita biar dorang explore dunia sebenar..kita cuma perlu guide dorang agar tak tersasar..Lagi satu anak-anak ni belajar melalui apa yang dorang tengok..masa dorang banyak habis dengan kita ibubapa..so ibubapa harus tunjuk teladan yang baik untuk anak-anak..ingatan untuk diri sendiri jugak ni..:)

Tapi kan memang naluri seorang ibu kot..anak 5tahun nak exam pun ibu rasa tak senang duduk dah..risau dia boleh buat ke tak..si ayah cool je..harap-harap ammar dapat jawab dengan baik nanti..ibu sentiasa doakan anak-anak ibu..moga berjaya cemerlang dunia akhirat..kalau nak spm tak tahu la ibu macam mana kan..tak tido malam agaknya..miahaha.. tapi tu normal la kan..rasanya setiap ibubapa akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak dorang..same goes to me la..

Hari jugak big day untuk adik2 SPM kita kan..good luck untuk semua..buat yang terbaik..selebihnya doa n tawakkal pada yang Esa.

Resepi kek keju blueberry yang sangat sedap..

Assalamualaikum..

Sebelum citer panjang syikin nak mintak maaf dulu ek pada yang minta share resepi coz lambat update..kebizian sikit lately ni..

Tajuk tak menahan tu..kan main panjang tajuk kan..Kek keju ni kin buat sebab mr.S tersangatla suka makan cheese..pantang nampak cis kek kat kedai bakery..cis kek ni walau sepotong pun..harga boleh tahan..daku dah la ada dua rakyat lagi..so better buat sendiri la uolls..puas hati..puas makan sampai lebam..hihi..

Di samping tu memang kin terima tempahan buat kek..so apa salah kadang2 buat kek untuk own family kan..;)

Resepi ni kin ambik dari beberapa sumber blogger lain tapi lupa nak state nama dorang..pepun tq pada yang punya resepi..tapi kin mix kan 2,3 resepi jadi cam ni..tengok yang mana senang la kan.Bidang kek n pastri ni memang kita kena pastikan sukatan yang betul..lagi2 kalau yang saya budak baru belajar kan..tapi dalam masa yang sama kita kena pandai ubah suai tengok pada bahan apa yang kita ada atau senang kita dapat..

Kin kongsi ni coz lepas kin letak gambar kat fb n profile wassup..ada kawan2 yang pm n wassup tanya resepi..oleh kerana sharing is caring..so lets chekidaut..
Lagi satu ilmu akan lebih bermanfaat jika di kongsi bersama..tak gitu..:)

Kek keju blueberry

1.base

110 g butter-dicairkan
200 g biskut oreo/digestive/marie-kisar

-satukan biskut y di kisar dgn butter y di cairkan..ramas2 sikit.
-tekan rata dalam loyang sebagai dasar kek.
-sejukkan dalam peti sementara buat filling kek sebentar lagi.
***#untuk penggunaan loyang kin cadangkan korang guna loyang yang boleh buka kat tepi tau..yang boleh keluarkan dasar loyang tu..nanti senang bila nak keluarkan kek..lagi2 kalau buat cis kek#***
***lagi satu sebelum tu korang balut dulu luar loyang dengan aluminium foil..untuk elak air masuk bila bakar nanti tau***

2.filling

500 g cream cheese
30 g butter
100 g gula kastor
30 g tepung jagung
250 g whip cream
4 biji telur-kacau sedikit

-pukul cream cheese dengan butter sampai sebati.
-kemudian tambah gula dan tpg jagung.
-bila dah agak2 sebati boleh masukkan whip cream
-masukkan telur sedikit2 ..sebatikan
-tuang atas based yang kita sediakan tadi.
-bakar 160°c secara bain-marie
***((bain-marie : masukkan loyang kek ke dalam loyang yang lebih besar yang telah di isi dengan air mendidih..seeloknya letak dulu loyang dalam oven..letak loyang kek..baru tuang air panas dalam loyang besar tadi..air lebih kurang 2inci dari dasar loyang kek))***
-bakar selama 1 jam-bergantung pada jenis oven korang tau.
-untuk setengah jam pertama elok guna api bawah dahulu..kemudian baru guna api atas dan bawah.
-bila dah masak..test;cucuk dgn lidi..keluarkan loyang yang ada air..loyang kek biarkan dahulu dalam oven selama 1jam..biarkan pintu oven terbuka sedikit.
***ni supaya kek tak terkejut tau***
-kemudian sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam peti sejuk..seeloknya semalaman..lagi sedap dimakan.

3.topping

1 sudu kecil gelatin halal
30 ml air
150 g blueberry filling

-satukan gelatin dengan air..biarkan 5 minit.
-cairkan gelatin guna double boiler/masuk je dalam oven sekejap sampai gelatin mencair.
-kemudian satukan dengan blueberry filling..gaul sebati..tuang atas kek..
-siap..

Mesti bila dah tengok resepi ni ada yang tutup mulut..ooooemmmmgeeee...remehnya nak buat..
Sebenarnya senang bila korang dah set bahan2 dia..timbang betul2..then just campur2 je.
Untuk yang saya budak baru belajar..elok gi kedai bakery tau..dalam tu semua ada..just sebut je..;)

Lagi satu kalau yang baru nak cuba korang try la buat separuh dulu..bahagi bahan2 kepada dua..boleh guna loyang 5" je..memang sesuai sangat bagi small family..3-4family members kan..
Kalau rasa nak makan banyak...pulun je buat satu resepi ni..lagipun boleh simpan dalam peti ...lagiiiii la sedap baq hang...hihi..

Selamat mencuba tau..
Kalau rasa susah sangat meh order ngan kami..;)

Jumaat, 17 Oktober 2014

Resepi chicken chop dengan sos cendawan lada hitam dan spagheti simple...

Assalamualaikum...

Semenjak dua menjak ni dah terajin lak syikin nak up entry masakan..bukan apa kadang kita lebih prefer makan kat luar..lagi-lagi kalau western food kan..asal nak chicken chop..lamb chop..grill ke..spagheti ke..always bertapak makan kat luar..ye idok..

Kalau sesekali ok la..tapi bagi yang dah ada anak kadang makan kat luar ni jadi rumit sikit..tak dan nak menikmati makanan tu sendiri..dalam kepala makan kasi cpt habis coz anak-anak tak dok diam...budak kan cepat bosan..then start explore sekeliling..mak pak kelam kelibut la..haha..
.
TAPI..
.
Paling utama ialah tentang kandungan masakan tu sendiri tau juga tahap kebersihan dalam penyediaan makanan..kadang kat kedai lebih penggunaan perasa..kalau kita buat sendiri kita boleh cut n add sana sini sikit..kalau kat kedai guna krim untuk buat sos..kita boleh ganti dengan low fat milk..boleh jugak control tahap kepedasan..bagi yang ada anak nak kasi sesuai dengan selera anak kita kan..
Then..percayalah bila tengok anak-anak dan suami makan..segala penat lelah rasa berbaloi...yang penting sediakan semua tu dengan ikhlas penuh kasih sayang untuk family tercinta..

So tangan pun dah lenguh duk membebel...jom cek resipi ek.. ni resepi western ala melayu tau..xdenya syikin tambah mixed herbs ke hape ke..kita guna apa yang biasa ada kat dapur kita je..senang keje kan...,;)

Chicken chop with mushroom blackpepper sauce.

Untuk ayam.
4 ketul ayam(paha buang tulang sampai pangkal/dada ayam)
4 ulas bawang putih-cincang halus
5-10 biji lada hitam-tumbuk kasar
Secubit garam.

-cuci bersih ayam..toskan
-gaul ayam dengan semua bahan kat atas..perap dalam setengah jam.

***utk lada hitam terpulang pada korang la..kalau nak pedas tambah lagi..klu xnak buh pon boleh..just guna bwg putih pon ok***

Untuk goreng ayam.
Gandum/tepung jagung
Serbuk roti
Sedikit air

-ambik ayam salut dengan gandum lepas tu balik2kan dalam pinggan berisi sedikit air..last salut dengan serbuk roti..then goreng sampai kekuningan.
-angkat letak atas tisu dapur..siap..

Untuk sos.
4 ulas bawang putih-cincang
1/2 biji bawang besar-cincang
10-15 bji lada hitam-tumbuk kasar
7-10 ketul cendawan shitake-hiris nipis
Kiub pati ayam
Air
Minyak
2sb Tepung jagung+air sikit

-tumis bawang putih n bawang besar
-masukkan lada hitam n cendawan..kacau sampai cendawan layu sikit
-tambah air n kiub ayam..
-bila dah rasa ok then tutup api..bila dah suam2..masuk dlm blender..blend..
-masuk balik dalam periuk...tambah tepung jagung untuk pekatkan sos.
-boleh tuang atas ayam yang dah siap tadi..

***syikin tak blend coz hubby nak rasa cendawan seketul-seketul***

Untuk spagheti
Rebus spagheti dalam air yang di tambah sedikit minyak dan garam.
Bila dah lembut cepat angkat dan siramkan dengan air biasa.

-ambil 3-4 ulas bawang putih..hempuk sikit dan cincang..tumis bawang putih, tambah daging/ayam cincang, masukkan spagheti..seasoning sikit..kacau sekejap then tutup api..siap..

***kalau nak buat cam sos carbonara..just ambil resepi sos cendawan lada hitam kat atas..tambah dengan susu rendah lemak...jadilah sos cendawan berkrim***

Siap semua..masa untuk hidangkannn..kasi dressing lelawa sikit..ala2 restoran..baru semangat nak makan.

Selamat mencuba.

Khamis, 16 Oktober 2014

Resepi puding roti..

Assalamualaikum..

Hari ni syikin nak kongsi cara buat puding roti yang simple sangat..guna bahan yang sedia ada kat dapur korang tau..ni untuk makan sesajer ye..simple yet sedap.

Asalnya bangun pagi..tengok roti gardenia ada lagi setengah bungkus..esok dah nak expired ni..so fikir..lets buat puding roti la..

Bahan2;
4 kpg roti gardenia-potong2kan
1 cwn susu segar
3sb gula pasir
1/2 sb mentega
1 biji telur
1sk esen vanila-xletak pon xpe
Kismis-optional

Cara2;
-panaskan susu..bila mendidih +gula
-tutup api..+mentega
-lepas tu masukkan roti..biar semua
  terendam
-kacau telur sikit+ev,tuang dalam adunan
  td.
-tuang dlm loyang 5" y disapu mentega.
-bakar 150°c selama 25-30 min..secara
'bain marie'..(buh air panas dlm loyang
  besar & buh loyang roti td).
-bila masak..sejukkan & masuk dlm peti.
  lg best di makan sejuk..

Anak-anak pon suka makan jika di bandingkan makan roti begitu saja..
Sedap coz rasa susu telur mentega dah bersatu dengan roti..yummy..

Rabu, 15 Oktober 2014

Kek di Alor Setar..by dk's liLOVEn..

Assalamualaikum...

Lama tak hapdate belog ni..sibuk sangat la kononnya..hihi..

So..time rajin ni aku..eh eh tiba-tiba rasa cam kasar lak ber..aku..aku ni kan..
.
.
.tukar
.
.
:) saya..kak syikin..;)
.
sambung balik..
Kak syikin nak bagi senarai baru untuk sebarang tempahan kek, kek cawan, tartlet, cream puff, bubble rice dan biskut tat nenas.

So..lets..ni details sikit..so korang boleh la fahami betul-betul..

Cake

1. Super moist choc cake(smcc)
     1kg = rm 40
     
     a- smcc+ganache+choc rice=rm 45
     b- smcc+ganache+almond=rm 50
     c- smcc+btrcrm+ganache=rm 55
     d- smcc+c.cheese+ganache= rm 60

**with simple decoration.
**for additional deco +rm 10/ based on character that u want.

2. Rainbow cake (rc) with cream cheese
     1kg = rm 60

**with simple deco
**add cost will be added based on ur request..

3. Chilled cheese cake (ccc)
     -blueberry/strawberry
     -based ; oreo/ digestive biskut

     1/2 kg = rm 40
      1kg = rm 70

**topping fresh fruits + rm 10

Cupcakes

1. Based ; smcc/rainbow cake
     ( 12 pcs/ 16pcs/ 25pcs)

     price per cup with simple deco
                                             M          L
     a- buttercream          1.80      2.50
     b- ganache                2.50       2.80
     c- c.cheese               2.70       3.00

**added charge for additional deco
**colour based on ur theme
**also available in individual pack with extra charges on container

Cake in jar

1. Based ; smcc/ rainbow cake
     Topping- buttercream/ choc ganache
                    - nuts/ marshmallow

  Low jar = rm 7/jar
  High jar = rm 9/jar

2. Bubble rice in jar

     Topping - coklat

  Low jar = rm 5/jar
  High jar = rm 8/jar

Tartlets

1. Cheese tart

     Filling : blueberry/strawberry/choc
     Price : rm 45 (50pcs/ box)

2. Fresh fruits tart

     Filling : custard
     Fruits : strawberry/grape/kiwi/peach
                 (combination of 3)
     Price : rm 55 (50 pcs/box)

**size mini 4cm
**tart shell..colourfull/ original

3. Custard cream puff

    Price : rm 40 (50pcs/box)

Cookies

1. Tat nenas gulung 50 biji = rm 30
.
.
Actually korang boleh la order untuk sebarang majlis tau..harijadi,jamuan kat office ke, untuk candy buffet ke, nak buat doorgift pon boleh..nak bagi hadiah pada yang tersayang pon di alu-alukan..contoh korang duk jauh..mak pak duk alor setaq..pon boleh di uruskan..

Apa-apa hal berkaitan produk dan tempahan boleh sms/whatsapp/wechat ke 0179677128 (kak syikin).

Opsss korang kena place order awal tau..like dua minggu sebelum ke..macam biasa la ye adik kakak..;)

Bagi yang berdekatan kejiranan syikin jangan segan naaa...

So..jom cuci mata ye..

 



Isnin, 1 September 2014

Promosi lepas rindu..

Haaa tajuk tak menahan tu..
Walaupun lepas raya,aku pasti ada yang rasa cam nak makan kek la...eh nak makan pemanis mulut la..cream puff ke..tat buah ke..tak lupa juga yang rindu tat nenas..

Kalau yang rindu..yang nak buat sebarang majlis ke..birthday.cukur jambul.tunang.baby shower.open house eh eh ada lagi kan..tak semestinya syawal je..hihi..
Boleh la tempah untuk jadi pelengkap juadah anda..
Macam aku punya tak kira musim,aku sentiasa ambik order tau..tinggal korang contact je aku melalui sms/whatsapp 0179677128 (kak syikin)
Hanya untuk orang Alor Setar sahaja.

Untuk september ni aku buat promosi terhebat..

-kek padang bola
  berat ; 1kg
  topping ; buttercream+set bola
  based ; kek coklat moist
(Rm 50 ONLY)
*rugi if xbeli coz gerenti puas hati..;)

  Amat sesuai di berikan pada anak yang ingin menyambut hari lahir..confirm dorang akan happy sangat tau.

Open order terhad pada item yang di list kan kat bawah ni je tau..

1. Kek coklat moist
    
Topping; buttercream/ganache
                (Simple deco)
Berat/rm; 1kg=rm40
                ; 2kg=rm75
Topping; cream cheese
Berat/rm; 1kg=rm50
                ; 2kg=rm90
(+rm 10-20 utk strawberi@ deco pilihan anda, depend on difficulty)

2. Cupcakes

Based; rainbow/coklat moist
Topping; buttercream
Qtty/rm; 25pcs=rm50
(Caj tambahan akan dikenakan bergantung pada deco)
Warna & tema akan cuba di penuhi

3. Kek balang

Based; rainbow
Topping; buttercream
Saiz; rendah=rm7/jar
        ; tinggi=rm9/jar
(Caj tambahan bergantung pada deco )
Min order; 5jar

4. Cream puff

Filling; custard
Price; rm 0.60/pc
Min order; 50pcs

5. Mini fruit tartlet

Filling; custard
Hiasan; 2-3 jenis buah
Price; 50pcs=rm 55
Min order; 50pcs

6. Tat nenas gulung

Price; 50biji=rm30

7. Tat nenas bentuk buah-buahan

Price; 50biji=rm50
(Individual pack also will be provided depands on customers demand)

Individual pack
9biji=rm12
16biji=rm20
24biji=rm30
35biji=rm50
-sesuai sebagai buah tangan @hadiah buat yang tersayang dan kawan-kawan

JANGAN LUPA GRAB SEPTEMBER PROMOTION..
DAPATKAN KEK BOLA ANDA SEKARANG.....

Disini lahirnya sebuah cinta...

Cinta itu menyayangi
Cinta itu disayangi
Cinta itu membahagiakan
Cinta itu melukakan
Cinta itu merindui
Cinta itu dilukai
Cinta itu penilaian
Cinta itu pengorbanan
Cinta itu memberi
Cinta itu menerima
Cinta itu suka
Cinta itu duka
Cinta itu anugerah
Cinta itu pemberian Allah
Disini lahirnya sebuah cinta..

Hanya dengan cinta dapat kita merasai semua ini..
Syukurlah tumbuhnya rasa cinta di hati
Syukurlah suburnya benih cinta di hati
Syukurlah berseminya cinta di sanubari

Damailah hati dicintai
Bahagialah hati disayangi
Berserilah hati direstui
Sabarlah hati dilukai
Tabahlah hati diuji

Kembalilah pada Ilahi
Sujudlah pada Ya Rabbi
Pengurnia rasa cinta ini
Moga redha ini abadi
Ikhlas luhur dari hati

Merdeka !!Happy Birthday Ammar...

Salam kemerdekaan
Disini lahirnya sebuah cinta...

**throwback
Ambang merdeka 2009
30.08.2009 aku dah kena admit coz air ketuban turun.dahla bulan puasa.anak sulung ni..still tak tahu lagi caner la nak bersalin ni..sakit ke tak..sebab bila air ketuban turun memang takde rasa apapun..sedar-sedar kain basah..hihu

Masa tu mak aku temankan..dannnn dia harap sangat cucu yang ni lahir 31 ogos..hihi...
Bila cite sal ni sedih lak teringat kat arwah mak..masa tu dia tak sihat sangat pun tapi dia still teman aku kat wad.Ni la seorang ibu kan..aku hargai sesangat..

31.08.2009 aku still xbersalin lagi.Anak aku rilek je kat dalam..selesa sangat agaknya dalam perut ibu..
Tapi bila doc datang check up..dia explain sal risiko bila air ketuban dah turun.
Memang tak sakit tapi baby boleh lemas kalau air ketuban dah takde...solution yang terbaik...induce ler..bertabah la hati demi anak tersayang..
But masa tu aku ok je,lagipun bukan tahu yang induce tu sakit ya amat..1st timer kan.Doc cakap tunggu sampai pagi esok if still takde contraction..induce jalannn.
Tak dapat la anak merdeka.

01.09.2009 pagi doc datang check..dalam kul 11 lebih aku dah di tolak ke wad bersalin..then dalam kul 1 lebih baru induce..mula-mula cool je..ok..tunggu bila nak sakit ni..kan semua cakap induce memang sakit sesangat..kul 2lebih kontraksi dah start..sikit-sikit lepas tu baru rasa the real sakit melahirkan..cuma untungnya ialah sakit sekejap je dalam sejam..ok la kan pada yang sakit lama tu..kul 3 lebih toink baby selamat di lahirkan..
Lega..berpeluh wehhh
Welcome my dear..Muhd Ammar Syakir.

01.09.2014 hari ni genap anak ibu 5 tahun..
Dah pandai macam-macam.
Berkat bersekolah PASTI..dah pandai baca doa dan zikir harian.
Paling suka usik adik.
Bijak ambil hati ibu dan ayah.
Dan tadi minta nak baby baru coz adik amsyar dah besar katanya..bukan baby lagi...adoiiii...

Tahun ni sambut birthday abe awal sehari..31.08.2014..senang cuti merdeka.
Malam sebelum ibu dah siapkan kek..pagi lepas subuh ibu start deco kek abe..nak kek padang bola..

Abe: cantiknya ibu buat kek.
Ibu : iya..
Abe : ni abe sayang ibu nih..
(Hilang sakit belakang dan penat lelah bersengkang mata?...haha

Main dish pun dia yang request..simple just nak ayam masak merah dan ibu padankan dengan nasi minyak kismis.
Kalau tahun lepas celebrate kat penang ajak jiran dan kawan-kawan abe..tapi tahun ni sebab baru pindah sini..kita celebrate ngan family je la..hihi..tahun depan lak In Shaa Allah bila dah mesra ngan jiran boleh la kita ajak datang party.

Semoga abe jadi anak soleh.beriman.ikut perintah Allah.tinggalkan larangan-Nya.
Berjaya dunia akhirat.jadi abang yang baik dan contoh yang tepat untuk adik.hormat orang tua.berjasa pada ibuayah.sentiasa di bawah lindungan-Nya.
Amin.

Rabu, 16 Julai 2014

15 ramadhan

Dah 15 hari berpuasa..em sekejap je rasa..kalau masa kecik dulu hazab tunggu time raya..haha..korang pun sama kan..

Sekarang ni isu gaza memang meruntun hati kita kan..dahla bulan puasa ni..
Kita kat sini just menahan lapar dahaga tapi masuk je berbuka memang heaven la kan..ada yang penuh meja makan.
Tak cukup lagi air lak satu meja asing tuk air je..macam macam kaler air ada..
Tapiiiiii saudara kita di gaza sedang bermandi darah mempertahankan maruah agama,bangsa,tanah air tercinta..
Dorang di serang tanpa henti tanpa di kasihani..
Kita kat sini volunteer cucuh dan baling mercun..beli sendiri..bakar sendiri..ish ishhhh...udah udah la membako mercun, takdak gunanyo..kalau kena kang..effect nya memang menyesal tak sudah la.

Sebut pasai gaza..palestin..kalau kudrat memang kita tak mampu untuk membantu..perkara paling asas yang kita boleh bantu adalah melalui doa kita..
Sebagai orang Islam..doa adalah senjata paling berharga kita.kot ada yang lebih sikit boleh la hulurkan sumbangan dari segi wang ringgit..
Lagipula di bulan yang mulia ini memang kita di galakkan meningkatkan amal sedekah kita pada yang memerlukan.

Soooo..lagi 15 hari nak raya..teruja???
Aku pun..bukan apa paling best dapat balik kampung la..

Dalam kita bergembira jangan di lupa ada insan yang sedang berduka..jadi bersederhanalah dalam apa jua yang kita buat..kalau ada lebih kita kongsi kongsi..itu akan membuat kita rasa hidup lebih bermakna..

Lastly..layan la menu menu berbuka yang sempat aku snap..yang lain tak sempat snap dah ngappp.haha.
Semua homemade coz mr.S memang suka air tangan istewi gituuu..kuih aku jarang buat coz makan berdua je..anak anak tak reti sangat makan kuih..hihi..jadi kalau buat kuih bertahan 2,3 hari baru habis..miahahaha.
Berbuka lak aku jarang makan nasi..masa mula mula puasa je makan nasi..tapi mr.S memang kena ada nasi samada sahur atau berbuka..tekak melayu sangat kannn...hihi..

Opsss lupa..malam ni dah final untuk world cup kan.Aku ni tak kisah sangat sebenarnya..tapi bila kadang teman mr.S tengok bola..terpandang lak si neymar brazil tu..uihhh hebat lak tengok skill dia..so dah tersokong la brazil..baru ye ye sokong dah neymar injured lak..lepas tu dah brazil kena katok ngan jerman 7-1..haihhhh apala nasib kan..huahuahuaaa..memang udah jatuh di timpa tangga la brazil..
Malam ni jerman vs argentina..tak kisah la sape menang..takdak kena mengena ngan aku..hihihi..sambil tekup mulut..

K la..lot's of love..bai

Sabtu, 28 Jun 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Lama tak menulis di medan ni..
Sedar-sedar esok dah nak mula puasa.Aku dan Mr.S bersederhana je..lagipun kat umah ni kami berdua je yang puasa..anak-anak kecik lagi..

Aku prefer masak sendiri dari beli kat bazar..kalau 1st day puasa maybe boleh g bazar coz makanan baru lagi kan..bila dah hari seterusnya maybe food tu akan di recycle kan..ye tak..
Lagi bersih dan terjamin kalau masak sendiri..nak-nak ada anak kecik kan..kebersihan perkara utama harus di titik beratkan.

Lately ni macam-macam cerita yang keluar..yang paling terkejut kes budak yang dikurung sampai tinggai tulang dan kulit je...tengok memang kesian..walau apa pun alasan..itu bukan jalan yang baik.

Ni secara umum lak..apa yang kita lihat bukan boleh jadi punca pada kesimpulan yang akan kita buat..
Kadang orang kita ni terlalu mudah menilai..dengan apa yang di lihat bukan bermaksud kita dah selami hati budi orang tu..jadi berhati-hati dengan apa yang bakal kita tuturkan...setiap apa yang keluar dari mulut kita sebenarnya menggambarkan siapa kita sebenarnya.

Jagalah hati orang sekeliling selagi terdaya...jangan hipokrit..jangan mudah menilai tanpa usul periksa...

Penat membebel..
Tu je nak cite..selamat berpuasa semua...muah.
Semoga kita semua di berkati.

Ahad, 11 Mei 2014

Bulan istimewa..SELAMAT HARI IBU..

Haiii korang..harini 10 may 2014...aku pasti ramai yang celebrate hari ibu dengan ibu tersayang kan..mesti best..bawak ibu keluar jalan-jalan..makan..beli hadiah kat ibu..tak kisahla kot korang panggil mama..umi..mak..mummy ke..yang penting dialah ibu yang melahirkan..mengasuh..mendidik..membesarkan korang kan..Bertuah bagi yang masih mempunyai ibu..macam aku..ibu yang aku panggil mak dah pergi kepada Pencipta..tahun ni dah masuk tahun ke empat pemergian arwah..al-fatihah.

Masa mak masih ada aku tak pernah lupa wish ucapan hari ibu..nak pulak hari ni jugak hari lahirnya..so jimat hadiah..two in one orang cakap kan..hihi..tak la..bagi ibu yang penting anak ingat hari bersejarah dalam hidup dia..tapi kalau anak bagi hadiah tu kira bonus penghargaan la kan..Dulu selalu beli kek..pastu beli hadiah macam baju, handbag,cincin...tu antara yang aku pernah bagi kat ibu aku..masa kecik tak kira eh..duit pun tak de kan..haha

Bulan may ni banyak hari istimewa dalam hidup aku..bermula dengan..
10.5  birthday mak
11.5  mother's day
15.5  akad nikah anniversary
21.5  birthday hubby mr.S
26.5  birthday abg aku y no 2

Lupa 1.5..hari pekerja...juga penting.haha

Kalau nak celebrate 1 per 1 kopakla poket kan..semua tarikh tu aku ingat dan sentiasa di ingatan..

Ni belum call mak mertua lagi..ish ishhhh apa punya menantu kan...hahaha..nanti petang ke malam  baru nak call ngan mr S..

Ingat nak buat kek untuk hubby la nanti..coz yang lain jauh kan..tapi dua tiga hari lepas dia dah request kek..so si istewi yang rajin ni terus buat kek walaupun dah malam...ni la istewi kan..pantang laki cakap nak makan apa..sama jugak kalau anak nak makan..ni la ibu kan...

Ibu dan isteri memang akan cuba penuhi semua permintaan..so hargailah sementara masih ada kesempatan.

Aku rindu sangat kat mak..
Teringin nak makan masakan mak..
Sunyi nak dengar suara bebelan mak..
Nak jaga mak..
Sekarang hanya doa yang mampu mengubati apa yang aku rasa..ku panjatkan doa buat ibu yang ku cinta..
Moga di tempatkan di kalangan orang beriman...

Luahkan rasa sayang anda sebelum terlambat...huhuhu..

Jom cuci mata dengan kek untuk mr S yang di cintai...wink wink wink

Babaiiii..sila telan ailioooo...

Sabtu, 3 Mei 2014

Di mana anak kita???

Lama tak bersua di blog ni kan..ala baru empat lima hari je pun kannn..kot ada yang rindu..ye tak??

Nak pikir tajuk je dah setengah jam duk taip padam..taip lagi..padam lagiiiii..adoiiiii..

Hari ni nak share pasal keselamatan anak-anak, tak kisah kat mana even kat rumah sekalipun..sebab kadang-kadang kita anggap asal kat rumah je mesti selamat..tak ada apa yang nak di risaukan...salah tu ye..sebab budak-budak ni semua benda pun jadi mainan dorang..contoh..kalau korang lepas iron baju, seterika tu kasi simpan elok-elok..kalau peralatan elektrik cam kettle elektrik ke..wayar dia jangan biar terjuntai ke bawah..buatnya si kecik pi tarik..adusss kesian beb..

Playground pun satu hal..kadang bila kita dah terbiasa kat satu tempat..kita tak pantau anak bermain..Macam aku memang selalu pantau dorang masa main, tak pernah dorang sendiri je..Tapi baru terjadi..sekelip mata, aku baru toleh tengok adik..sekali abang dah terjatuh dari gelungsur..tinggi gak la paras kepala orang dewasa..masa tu aku dan mr S punya panik..terus dokong anak bawak balik rumah..bila nampak dia ok sikit, mandikan..lepas selesai solat maghrib bawak pi HSB..doktor buat check up dan x-ray bahagian tulang rusuk..nasib baik semua ok..syukur pada-Nya atas perlindungan yang diberi..masa tengok anak tahan sakit rasa macam nak tukar tempat nak tanggung kesakitan yang di alami...aku dah trauma dah nak bawak anak pi taman..salah satu lagi faktor keselamatan peralatan taman yang kurang memuaskan..

Lepas dua hari anak aku cakap dia tak rasa sakit dada dah..amin ya Allah..Ni sikit je Allah nak bagi peringatan kat aku supaya lebih berjaga-jaga selepas ni..

So korang sama-sama la jaga anak-anak kita..jangan sampai terjadi sesuatu yang buat kita menyesal sepanjang hayat kita..
Tapi sebagai orang beriman kita kena percaya pada qada' dan qadar.

Moga kita sentiasa di bawah lindungan Allah swt.

IBU SAYANG ABANG DAN ADIK..

Sayang siapa??...,perancang terbaik...

Korang sayang siapa????

Harini aku tamak sikit..dua-dua pun nak masuk dalam satu entry..haha..suka ati je kan...
Firstly...kita kena..wajib tau..sayang Allah pencipta kita dan sekalian alam..jangan sayang yang lain melebihi-Nya nescaya kamu akan kecewa..hihi..cewahhh sangat kan..segala kebergantungan kita haruslah pada Allah.
Secondly...sayang diri sendiri dulu..ini perlu..hanya kita yang faham diri sendiri dan tahu apa yang kita nak dan sesuai..orang lain mungkin tahu tapi ikhlas ke tak kita tak tahu kannnnn..motif..???
Then...sayang kedua ibu ayah kita..mereka orang yang paling berjasa dalam hidup kita..tanpa mereka kita takkan ada harini..ibu ayah akan sayang semua anak tanpa syarat..aku rindu arwah ibu dan arwah ayah aku..teringan masa kecik-kecik..apa yang kita buat..apa yang dorang bagi..korbankan untuk kita..bila dah jadi ibu ni baru aku kian faham tahap pengorbanan yang seorang ibu akan lakukan demi anak-anak..al-fatihah buat ibu dan ayah..
Ni pun penting..sayang anak-anak kita.macam aku ammar dan amsyar adalah saham aku dunia akhirat..mereka amanah Allah untuk aku jadi lebih baik dan bertanggungjawab..anak-anak cerminan ibu ayah..jadi aku akan cuba jadi ibu yang sempurna untuk dorang..
Seterusnya....sayang partner kita..tapi berpada-pada lah ye..hihi..

Ok next topic...hahahahaah...

Kita merancang..Allah juga merancang..tapi ingat sebaik-baik perancang adalah Allah swt..
Sebab kita hanya nampak yang hari ini..tapi Allah dah tahu apa yang bakal terjadi...
Contoh..kita nak something la..nak sangat sebab kita rasa itu yang terbaik untuk kita...tapi kita tak dapat..mesti frust kan..sebagai hambaNya kita kena redho..sebab mungkin Allah nak bagi yang lebih lebih baik dari apa yang kita nak..

Angguk angguk...korang ni faham tak...hihi..korang pun mesti pernah lalui cam ni kan..semua orang la..itu pasti kan..

Apa pun dalam hidup ni kita kena berpegang pada Allah dan percaya pada qada' dan qadar...berserta usaha tau..jangan tak buat apa-apa dan cakap tak pe lah aku redoooo...oh no no no no....
Korang kena usaha dulu berlipat lipat lipat kali ganda tau...

Hanya kita yang boleh merubah hidup kita..jangan bergantung pada orang lain melainkan Dia yang satu..Allahuakhbar..

Selasa, 22 April 2014

Kesihatan vs kekayaan

MHamboiii tajuk...klise sangat kan..aku ingat lagi dolu-dolu masa sekolah rendah mesti ada tajuk karangan cam ni kan..mesti korang pun pernah buat karangan macam ni..ye tak???...dan masa tu very da klise la..pilih kesihatan siot kalau nak banding dengan kekayaan..nak pilih kaya kan takut orang kata lak kan..pastu mesti ada ayat macam ni...."kesihatan tidak boleh di beli dengan wang ringgit.."..hambek tersenyum cikgu yang tanda karangan tu...hahaha..

Iye la..masa tu kita kecik lagi..masih tak kenal erti hidup yang sebenar..apa yang kita tahu bila nak duit tadah tangan kat mak ayah kan..dapatla dua tiga hengget kan...tu pun dah tahap syorga kan..haha

Dan sekarang..bila dah remaja..haah remaja lah sangatttt..hihi..baru tahu kuasa duit dalam kehidupan..lagi sekarang punya zaman kan..jauh beza dari dulu..so kalau sekarang di beri tajuk yang sama tanpa ragu-ragu mahupun menyesal terjun bangunan..aku pasti akan pilih nak kaya..hahahaha...korang pun kan..baik ngaku...
Hidup zaman ni semua nak ada duit oo...duk di rumah pun guna duit inikan pula bila kaki melangkah je keluar dari rumah kan..
Kalau nak sihat,kena consume makanan berkhasiat..nak makanan berkhasiat kena ada duit la..sape nak bagi free-free kat korang kan..itu salah satu contoh la..yang lain korang pikior sendiri eee...

Kan kalau aku tulis semua bukan dapat 100% pun..ke ada cikgu nak cek ni..ee tatotnyeee...

Tapi tak semestinya yang tak ada duit tak sihat kan..sebab kesihatan dan apa saje di tentukan oleh-Nya..
Tapi kan kita sebagai umat Islam wajib berusaha menjana kekayaan supaya dapat kita menyumbang pada yang memerlukan..berjihad ke jalan yang benar...

Apa pun tawakkal kepada Allah itu mesti..

Bai...lol.

Khamis, 17 April 2014

Penantian...

Salam...haiii..

Hurghhhhh...tensi..menanti..menunggu..mengharap..semua me lah..aku pasti semua orang pernah melalui saat macam ni kannnn...baik korang mengaku..haha

Aku..???
Memang pernah dan sedang melaluinya...dan di masa hadapan pun sama kot..biasa la kita manusia biasa tak lekang dari kehendak nafsu nafsi ni...hamboiii ayat bukan main la kennn.

Persoalannya.. bagaimana cara kita mengatasi rasa gundah gulana saat penantian ni..tips nya..;

1. Usaha..kita usaha kan apa yang patut untuk capai tujuan dan kehendak kita..jangan dok nanti je..buah takkan datang bergolek kan..

2. Doa..dalam mengejar apa jua..doa pada yang Esa adalah paling penting..sebab...apa jua datang dengan izin-Nya

3. Tawakkal..ini pun penting..bila kita dah usaha..dah doa..bila hasil tak nampak kita mudah kuciwa kan..ni la gunanya tawakkal..kita kena serahkan semua pada Allah..kalau dah memang rezeki kita..pasti akan jadi milik kita..

Ingatlah..kita merancang,Allah juga merancang..tapi sebaik-baik perancang ialah Allah swt....

Apa yang kita nak tak semua kita dapat..tapi apa yang kita dapat semua yang kita perlu..

Amin..



Resmi padi...

Hai..

Faham ke tak apa tu resmi padi...??betul tak ni..ke ayat aku yang salah...emmmm..hentam sajalah..hihi

Lama aku tak bersiaran kan..banyak hal nak kena kasi settle dulu..harap jadi turning point dalam hidup nti..amin.

Dalam hidup ni bermacam jenis perangai manusia kan..tapi aku terpaling kagum bila orang yang berjaya tapi sangat la merendah diri dan hormat orang lain dalam apa jua situasi..

Terutama kalau kau bos kan..bila deal dengan client,staff atau outsider..kau tak de rasa tinggi diri dengan kehebatan korang..memang la lagi di hormati dan disegani oleh ramai orang tau..

Sama je kalau orang biasa pun..tak perlu nak rasa down ke hape kan..sebab di sisi-Nya kita ni cuma hamba yang di cipta untuk beramal kepada Allah..kita sama di sana yang membezakan cuma amal soleh je..

Rezeki itu Dia yang tentukan..hari ini lain mungkin esok lain..hanya dengan ayat 'kun fayakun' sahaja..segala nya pasti terjadi..jadi yakinlah pada yang Esa..

Jadi jadilah seperti padi..makin berisi makin menunduk..

RESPECT OTHERS..

Peringatan untuk diri sendiri gak..babai

Lol..

Tempahan raya...

Untuk tempahan baju raya..close already
Hihi..ni aku tengok ada dah gantung tempahan di tutup tau...nasib baik aku sempat gi hantar aku punya dan anak-anak..nasib baik gak kak tu sanggup buat jubah putera ku yang dua orang tu..senang keje..sekali harung je kan..

Korang cane??tempah atau beli yang ready to wear..ikut keselesaan masing-masing la kan..aku memang prefer yang tempah la..terletak je kat badan coz dah memang ukuran kita kan..tapi kadang tak sempat rembat gak yang ready to wear..redo je la kan..tahun ni tema kuning..kuning air ke..kuning susu ke..kuning oren ke..di luluskan..asal keluarga kuning..

Tempahan biskut lak cane??
Kalau nak boleh tempah ngan ai la ..terutama orang alor star dan kota bharu..
Yang kota bharu malam raya baru dapat la coz kami balik biasanya sehari sebelum raya..
Yang alor star boleh awal sikit..jangan duk perabih dah la.hihi..

Kek..cupcake..fresh fruit tart..cream puff..kek balang..aku buat jugak tau..bolehla cuba nanti..

Kalau berminat leh la tgk fb diekaysain..boleh sms/wassup gak 0179677128..

Aku buat sikit-sikit je..tapi sedap la..haha perasan...homemade dan pastinya air tangan tuan belog sendiri tau..

K la..muah

Khamis, 10 April 2014

Tat nenas bentuk buah dan sayur...

Assalamualaikum..

Ni dah masuk bulan april...sikit lagi nak puasa dah kan..then raya...ho ho ho balik kampung oooooo balik kampung...hati giranggggg....ee ober eksaited lak..;)

Sebut puasa ingat raya...
Sebut raya ingat biskut..
Sebut biskut ingat mak ayah...
Em rindunyeee family kat kampung..

So apakata raya ni beli la biskut yang special untuk orang tersayang..tapi now nak makan biskut tak payah tunggu raya dah..order je terus boleh ngappp..em sedap..sambil pejam mata dan bayangkan kelazatannya..hihi

Kalau teringin jangan malu segan menyorok tau..contact ai ye kalau nak tempah..hihi..

Sms/wassup 0179677128
Fb diekaysain

Special edition tat bentuk buah n sayur yang cumil..layan gambaq kat bawah na...bai..

LOL..

Selasa, 8 April 2014

Wajib baca..

Salam readers...

Bizi dengan keje...maklumla pagi lagi kan.

Saje pepagi nak mengusik jiwa kan..tadi aku terbaca ..aaa terrrrr yaaaa....petua rumahtangga bahagia dari Dr Fadzilah Kamsah...

Semua orang nak bahagia kan..???gila tak nak kannnn

So sila ikut petua ni...

1. Sentiasa anggap isteri betul..wife is alwayz right..
       -aku memang setuju la yang ni..isteri
         kan hati tisu..kalau suami tak suka
         apa yang kita usul kan...mau sentap
         doploh saat kan..haha

2.  Kalau tetiba suami rasa isteri salah...sila LEmPANG diri sendiri dan baca balik syarat pertama.
         -yang ni aku suka...incik2 suami
           mesti bengang kan..haha..ni kalau
           suami tercinta mr S baca ni...mau
           nya dia buat muka tak puas hati
           sambil angguk tanda terpaksa
           setuju..hihi..

Ni bukan aku yang cakap tau..

K babai..lol.

Kek coklat moist..

Haiii..
Assalamualaikum..

Korang buat apa tu..?..aku..layan bola ni..tapi biasa la kita poms ni tengok masa gol je...tak la bersungguh sangat kennn...aku memang tak boleh lawan mr S tersayang la...tersangattttt minat bola...anak-anak pun sama ikut ayah punya minat...ada la geng nanti..dah dua hero kan..hihi..

Sebut sal minat dan hobi...korang cane...aku sangat suka godek kek dan biskut..suka bereksperimen di dapur..mujur mr S memahami..so layan je la bila isteri nak buat kek..bila siap dia makan dan akan bagi komen samada sedap ke tak..Ammar pun sama jadi hantu kek..pantang tengok ibu sibuk kat dapur...." ibu...ibu buat kek ke???...."

Masa duk penang selalu buat kek dan hulur pada jiran-jiran...bila pindah tang sini buat bila ada tempahan je...untuk makan buat kadang-kadang..
Bukan apa takut terlebih makan kek jer..hihi..

Motiffff????

Kalau ada yang nak tempah kek,kek cawan,tatlet,biskut ke...boleh la contact ai...kalau untuk majlis kecik-kecik ke..boleh je buat untuk candy bufet korang...especially sekitar aloq staq.

Kek coklat moist
Kek pelangi
Kek karot
Kek red velvet

Berminat leh sms/wassup 0179677128
Fb : diekay sain (dk's liloven)

Layan gambaq kat bawah na..lols..

Isnin, 7 April 2014

Lembaran baru..anak ke sekolah...

Haiiii...

Ni entry ibu muda..ye la muda..kennn
2014..tahun pertama ammar ke sekolah..umur dia 5 tahun..

Kebetulan plak kami baru pindah mai duk aloq staq ni..pusing cari skul..sib baik ada yang dekat rumah..dah g survey skul,jumpa owner n aku mr S pn setuju nak daftar kat skul ni...

Malam pertama sebelum ammar punya 1st day,aku yang xboleh tidoq...duk risau..esoknya pi skul ammar rilek je cakap "ibu balik la dulu...abe ok je..best duk skul"...gulpppp....besar jiwa anak aku..hahaha..so dengan bangga kaki ku melangkah keluar dari skul..haha..1st day balik dah bertanda kat bawah mata..katanya kena pensil kawan..adussssss...

Biasa la budak kannnn...then...semua ok..dia pi skul macam biasa..now dah start baca iqra' kat skul..thanks to teacher Busra coz baik melayan kerenah

Tapi....tadi balik je..buka baju tengok lengan dah berbekas gigi..siap ada kesan darah sikit kat baju..kawan gigit lak katanya...adoiii anak ku..macam2 la kan..

Harap2 lepas ni dah tak ada la kejadian yang tak di ingini...

Moga ammar jadi anak yang cemerlang dunia akhirat...baiiii...lol.

Ahad, 6 April 2014

Kek dalam botol...gulp....

Assalamualaikum...

Emmm mengiurkan..betul tak..oiii giler ape puji diri sendiri kan..haha..tapi tak pe ada aku kisah kan...

Tengok tajuk cam eeee ....dalam botol kan...tak la korang ni cepat pikir bukan-bukan tau...menci la..hihi

Ni sangatla sesuai untuk buat hantaran kan..senang nak bawak,tak risau nak jalan jauh..kalau dolu-dolu tukang yang bawak kek masa kenduri kawin..habis lenguh tangan kaki coz pegang bekas tak gerak-gerak kan..haha..kejung tangan tau..tapi kalau yang cenggini..nak bersilat sambil bawak kek pun bolehhhh...:)

Tak caya tengok la sendiri...
Yang ni aku terima tempahan untuk majlis akad nikah sue n asraf..moga berbahagia..

So..kalau nak cuba boleh la contact kami na..terutama orang aloq staq..mai chek mai..

LoL..

Selamat Hari Lahir SayanG...

Salam semua...

Dah makan blom...?
Kami dah...hihi..alhamdulillah syukur nikmat...

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to........( isi nama sendiri yeeee)
Happy birthday to you...
(Clap clap clap)

Semalam bufday anak buah aku..muhd thaqif darwisy..boleh plak ciksu lupa..almaklumla anak buah dah bertambah kennn...kalu sorang dua ok lagi...
Buat awisy moga menjadi anak yang soleh dan membahagiakan umi n ayah dunia akhirat..amin..

Ingat lagi taun lepas aku buat bufday celebration untuk anak sulung tersayang..muhd ammar syakir...
Agak penat coz semua aku buat sendiri..dari kek,menu utama bihun dua jenis,roti jala n kuah kari ayam,cookies almond snow n tat nenas,desert fresh fruit tartler,cupcake sikit dan air jagung kasih sayang...
Lepas tu sediakan goodies untuk budak-budak..all the decoration mr S yang buat..tq abg..

Paling tensi masa buat kek..dah siap sapu base krim..boleh pulak kek tu terlungkup atas lantai...dugaan betol la...untuk tak menghampakan anak tersayang aku buat yang baru..sampai tak tido malam..huhu..tapi puas hati..
Esok pagi mr S pi beli sebiji lagi kek kat king's...

Panggil jiran tetangga je..tak ramai pun tapi alhamdulillah semua settle..kenyang..burpppp...

Nanti aku update sal tips nak handle bufday party e..sal candy buffet gak...

Lot's of love..baiii

Sabtu, 5 April 2014

quality time...

Salam korang..

Masa itu emas...stail lama..ececece
Tapi itulah hakikatnya kennnn

Penting sangat if korang dah berkeluarga..ada anak2..macam aku..
Kadang2 kita hidup terlalu mengejar masa..sampaikan masa untuk anak2 jadi kurang berkualiti..
Bila aku cakap berkualiti tak semestinya 24h/7 kita kena dengan dorang..yang penting kualiti yang kita terapkan..ye tak.?
Macam kami...janji punya janji punya janji nak bawa anak2 pi main layang2...
Last2 hari minggu lepas dapat le tunaikan...huihhhhh berpeluh...tapi seronok bila tengok ammar n amsyar hepi sangat...
Teringat zaman dolu2.mak ayah aku akan cuba tunaikan apa je yang anak2 nak walaupun kami ni dari keluarga sederhana je..
Bagi anak2 ibubapa lah hero di mata n hati mereka..

So kalau ada kelapangan...sesekali plan aktiviti penuh makna dengan insan tersayang especially anak2 saham dunia n akhirat...sape setuju sila angkat tangan n angguk doploh kali...keh keh keh..

Enjoy ur weekend...lot's of love

haiiii salam perkenalan...

Assalamualaikum w.b.t

Selamat berkunjung ke blog kami..
Panas,mendung n hujan..syukur..

2014 penuh dgn dugaan n cabaran..utk kami,anda n tanahair tercinta..
Mh 370 jd insiden terhangat hingga kini kan..
Kita hanya mampu berdoa pada Ilahi..

Cukupla teaser utk kali ini..nti jenguk lg ye..lot's of love..k baiiiii