Rabu, 31 Disember 2014

Nikmati hari ini seperti tiada lagi esok..

Assalamualaikum..

Nah tajuk panjang tak menahan tu..bukan apa kadang2 kita ni suka tangguh2 apa yang nak di buat..
Contoh artis la kan..terus peling artis bila bagi contoh..haha..bila orang tanya bila nak berhijrah mesti cakap masih muda lagi..sedangkan tua belum pasti akan di kecapi kan..bukan je artis la..semua pon sama..dah nama manusia ..nobody's perfect..rite..
Sama cam kin pun..tapi kita sedaya mungkin cuba untuk berubah ke arah kebaikan setiap saat dan waktu..proses pembelajaran sentiasa berjalan..Lagi3 sebagai parents kita nak tunjuk teladan yang baik untuk anak2 kita..even dorang masih kecil tapi dia punya memory macam span tau..semua dia absorb..mesti korang pernah lalui anak2 kecik sikit sebanyak akan ikut habit parent kan..dah tiap hari dia duk ngadap kita kan..
Kalau bibik dr seberang yang jaga lagi la..siap complete pakej speking indon..haha..
"Buk aku ngak mau ahhhhh..." arghhh tensi para ibubapa..;)
Macam dah lari tajuk je.haha
Macam kami sedaya mungkin penuhi apa anak2 nak..bukan maksud terlalu memanjakan tapi tengok keadaan la kan..
Kalau setakat nak pi tengok pameran dinosor ke..boleh di penuhi coz tu bagus untuk minda dorang experience benda2 cam tu..tapi bila masuk je balai seni anak2 terus jadi ultraman coz nak lawan dinosor...pengaruh tv betul..**tepuk dahi
Tapi kan..tapi..kalau anak umur 5 tahun mintak nak i pad..memang tak la..tu bukan keperluan dia lagi..setakat tab biasa lulus la..actually dah 2ketul tab rosak di kerjakan anak2 tau..ni duk minta yang baru lak..huh..bertabah la hati..hihi..
Kalau nak dapat tu dia kena usaha dulu la..
Kin pasti semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak2..wang bukan ukuran sebab bagi anak2 ibubapa lah hero di hati mereka..jadi yang terbaik untuk dorang In Shaa Allah dorang akan jadi yang terbaik untuk kita..
Hargailah setiap detik kita dengan anak2..nikmati indah hidup ni..penuhi dengan kasih sayang sesama kita..dekati Yang Maha Pencipta..ibarat tiada lagi esok buat kita..syukur apa yang kita dapat untuk hari ini KERANA esok belum pasti akan tiba..

Kisah banjir lagi...

Banjir ooo banjir...
Masa kin kecik2 dulu ni salah satu yang di nantikan bila tiba cuti hujung tahun persekolahan..dulu kat rumah mak just banjir coz air hujan bertakung je tak sampai kat rumah pun..kalau nak main kena keluar ke depan sikit la..

Tapi..penghujung 2014..
Banjir yang amat besar..speechless..memang tak terfikir..umpama tsunami..
Kesan yang amat dasyat..ramai penduduk terjejas..
Terutama di kawasan gua musang dan kuala krai..bayangkan dorang punya kampung totally tenggelam..dan bila banjir mula surut..Ya Allah..tersingkap la semua kemusnahan harta benda, rumah, kereta, termasuk nyawa..
Sedih..andai kita di tempat mangsa..menangis tak berlagu bila tengok rumah hanya tinggal tapak, kereta hanyut..
Redha...ya..itulah kata azimat setiap insan..tapi betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..moga mangsa di beri kekuatan..

Banyak sekali perkongsian cerita di sebalik ujian banjir ini..yang kin ingat sorang tu cakap betapa keadaan hiruk pikuk bila air sungai mula melimpahi tebing..masing2 melarikan diri, memindahkan kenderaan, berebut beli barang makanan..keperluan..mungkin inilah keadaannya bila kiamat tiba...Ya Allah..besar ujianMu..

Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya..Allah tidak menjadikan sesuatu sia2..
Dengan ini kita sedar akan kekuasaan Allah..kun fayakun..mungkin sebelum ni kita lalai..alpa..lupa..sekurangnya dengan jentikan ini hati kita terdetik betapa Allah sayangkan kita..Allah mengingatkan kita..Allah bagi peluang untuk kita berubah..

Bersyukurla dengan apa yang kita ada..kongsilah apa yang kita punya..kerana ada yang lebih memerlukan dari kita membazir..Andai tidak ada kesempatan untuk turun membantu mangsa..andai dikejauhan..tadahkan doa ikhlas untuk ketenangan dan ketabahan hati mereka..doakan kesejahteraan kita semua..

Sesuatu yang positif bila semua turut membantu.NGO.gov.persendirian..
Di mall pun banyak yang buka kaunter serahan barang derma untuk mangsa banjir..kin juga berkesempatan berbuat demikian..sama2 lah kita menderma..sikit atau banyak bukanlah ukuran..yang penting keikhlasan hati yang di hisab Ilahi..

Lapangkan hati..syukuri nikmat..nikmati hidup berlandaskan Al-Quran dan sunnah..carilah rezeki yang halal dan berkat..

Banjir..

Masa kin taip ni 26.12.2014..(**baru teringat ni tarikh tsunami 10 tahun yang lalu kan)...nauzubillah..kawasan sebelah pantai timur, especially kelantan tanah tumpah darah ku..sedang di landa banjir yang amat dasyat..di katakan yang ni lagi besar dari tahun 2004..
Sedih.sayu.hiba bila dengar ramai yang terperangkap, rumah kediaman habis tenggelam..Bayangkan air naik sampai tingkat tiga bangunan..tika dan saat ni Kota Bharu lumpuh dek di tenggelami air..bekalan elektrik terpaksa di hentikan sejak semalam bagi mengelakkan berlaku litar pintas..Bagi yang menjadi mangsa amatla bersimpati..harta tak lagi jadi keutamaan..yang penting nyawa, keselamatan terutama anak2 kecil yang baru belajar erti kehidupan...
Tak dapat nak bayangkan keadaan mangsa..dengan elektrik tak ada..air bersih xada..yang dekat hospital lagi la..bagi yang duk ccu..icu..wad2 kritikal..ibu2 bersalin..bayi2 yang berdepan komplikasi..YaAllah besar kuasaMu..lindungilah mereka YaAllah.
Rumah family kin belum sampai lagi air banjir..tapi dah hampir katanya..moga seluruh keluarga, sanak saudara, sedara sesama Islam selamat..tabah menghadapi ujian yang amat berat ini..
Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
Pada yang tak mengalami banjir..mohon sangat agar lebih sensitif dengak keadaan mangsa..Ramai je yang kin perati yang upload dalam fb dengan caption "pesta banjir"..siap letak muka hepi lagi..E kalau adik2 daku maunya daku hempuk sekali..hihi..Korang bolehla cakap pesta kalau setakat pi celup kaki lima minit kan..tapi pernah tak terfikir akan mangsa2 yang tengah bertarung dengan masa dan keadaan..plizzz b alert ye kengkawan..
Apa pun dari Allah segalanya datang dan dengan izinNya jugak la segalanya akan kembali pulih..banyak2kan berdoa pada Yang Esa..sokongla mereka dengan doa2 ikhlas dari kita..