Masa kin taip ni 26.12.2014..(**baru teringat ni tarikh tsunami 10 tahun yang lalu kan)...nauzubillah..kawasan sebelah pantai timur, especially kelantan tanah tumpah darah ku..sedang di landa banjir yang amat dasyat..di katakan yang ni lagi besar dari tahun 2004..
Sedih.sayu.hiba bila dengar ramai yang terperangkap, rumah kediaman habis tenggelam..Bayangkan air naik sampai tingkat tiga bangunan..tika dan saat ni Kota Bharu lumpuh dek di tenggelami air..bekalan elektrik terpaksa di hentikan sejak semalam bagi mengelakkan berlaku litar pintas..Bagi yang menjadi mangsa amatla bersimpati..harta tak lagi jadi keutamaan..yang penting nyawa, keselamatan terutama anak2 kecil yang baru belajar erti kehidupan...
Tak dapat nak bayangkan keadaan mangsa..dengan elektrik tak ada..air bersih xada..yang dekat hospital lagi la..bagi yang duk ccu..icu..wad2 kritikal..ibu2 bersalin..bayi2 yang berdepan komplikasi..YaAllah besar kuasaMu..lindungilah mereka YaAllah.
Rumah family kin belum sampai lagi air banjir..tapi dah hampir katanya..moga seluruh keluarga, sanak saudara, sedara sesama Islam selamat..tabah menghadapi ujian yang amat berat ini..
Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
Pada yang tak mengalami banjir..mohon sangat agar lebih sensitif dengak keadaan mangsa..Ramai je yang kin perati yang upload dalam fb dengan caption "pesta banjir"..siap letak muka hepi lagi..E kalau adik2 daku maunya daku hempuk sekali..hihi..Korang bolehla cakap pesta kalau setakat pi celup kaki lima minit kan..tapi pernah tak terfikir akan mangsa2 yang tengah bertarung dengan masa dan keadaan..plizzz b alert ye kengkawan..
Apa pun dari Allah segalanya datang dan dengan izinNya jugak la segalanya akan kembali pulih..banyak2kan berdoa pada Yang Esa..sokongla mereka dengan doa2 ikhlas dari kita..
Rabu, 31 Disember 2014
Banjir..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan