Selasa, 18 November 2014

Akhir tahun...jamuan..borak sesajer

Assalamualaikum...

Sekejap je masa berlalu kan..rasa baru je masuk 2014..tup tup ni dah pertengahan november..dah nak cuti sekolah..so korang mesti dah plan nak ke mana kan..ada yang nak gi holiday dengan anak2..ada yang just nak luang masa hubby-wifey je..anak2 sila la hantar balik kampung..hihi..kesian..

Kami stay kat rumah je..sekarang time hujan..dengan anak2 kecik..so..rumah la tempat paling sesuai kheeennn..;)..

Hari ni anak syikin yang sulung kat sekolah dia buat jamuan akhir tahun..Kebetulan semalam dia tak pi sekolah, nasib baik malam semalam cikgu whatsapp cakap ada majlis tu..tahu pun dekat kul 10mlm..so godek2 kat kitchen tengok apa yang ada..dapatla buat puding riang ria dua loyang dengan kek lapisan cinta satu loyang..nama tu bagi kut suka hati syikin je..haha..sape nak kesah kan..so tido almost 1pagi dah.. zzzzzzzz.....

Balik je sekolah dapat banyak lak corn stik..kek apolo..sweets..air milo kotak..roti sosej..chipsmore..syikin share dengan anak jiran..
Kena tanamkan dalam diri anak2 dari kecil lagi supaya selalu berbagi..jangan makan sendiri je..

Paling best bila abe syakir request nak bagi something untuk cikgu dia..dia suruh ibu buat biskut tat nenas bentuk buah dalam bakul pastri...tapi sorry anakanda ku sayang..ibu tak dan nak beli inti tat nenas..so jadilah kek coklat je.paling win kek coklat dalam bakul pastri..yang penting ikhlas kan..
Dia suka cikgu dia..baik n lembut katanya..syukurla..moga di halalkan segala ilmu dan moga bermanfaat dunia akhirat..

The best part is...abe punya performance dalam pembelajaran menunjukkan ada peningkatan..kedudukan naik 5 berbanding mid year exam..dapat 4A..iqra tiap hari boleh alih..gud job my boy..moga jadi anak soleh,beriman,berjaya dunia akhirat dan senantiasa di bawah lembayung Allah swt..

**pesanan untuk diri sendiri gak**
♡sentiasa bersyukur♡
♡sentiasa berlapang hati..redha♡
♡sentiasa percaya akan takdir Tuhan♡
♡hargai apa yang kita ada♡
♡niatkan semua kerana Allah♡
♡ingat pada ibuayah/mertua♡
♡berbagi pada yang perlu♡

Isnin, 10 November 2014

Syukur...

Assalamualaikum..

Hai..
Masa taip ni anak2 tido..penat main agaknya..ibu pun dapatla rest sekejap..

Rindu rasanya..
Rindu arwah ibu ayah..
Rindu adik beradik..
Rindu kampung halaman..
Rindu negeri tercinta..
Rindu masa kecik2..
Rindu nak balik..

CNY tahun depan baru nak balik kampung..adik ipar nak kawin..so mestilah nak kena balik..memeriahkan majlis..menyibukkan diri..congrats in advance to my brother in law.

Ooiihh lari tajuk...takpelah kan..saje nak bebel sikit...semalam tetiba syikin mimpi kat sorang tu...apakah maknanya..hihi..mungkin dia rindu gak kot coz dah lama tak kacau hidup ni..apapun moga kita semua happy..ye tak??

Tadi pagi ada program kat dewan MBAS.. so dapatla jumpa face2face ngan YAB menteri besaq kedah..Dato Mukhriz..wow hensem dan penuh karisma..dapat dengar dia punya speech..;)

Dalam banyak2 ayat pagi tadi..satu yang menyentuh hati.." syukur sebab Allah masih lagi pinjamkan kita nafas untuk hari ni"..

Yes..kadang kita lupa..yang kita nampak rezeki itu hanya dalam bentuk duit..tapi ada lagi yang major kita tak nampak..so bersyukurlah kita bangun pagi still dapat buka mata..tengok suami..isteri..anak2..tengok alam ciptaan Tuhan..

So enjoy ur day..enjoy ur life..work smart.. fully utilize ur time n ability..

Spend time 4 urself..4 ur Creator..

Khamis, 6 November 2014

Buli..ragging..apa nak jadi..??

Assalamualaikum...

Lately ni asyik keluar news berkenaan gejala buli kat sekolah berasrama kan..
Apapun jadi macam bermusim kan, ibarat kalau ada kes buang bayi...so minggu tu akan ada lagi kes yang sama..ni pon sama..kes buli..selang dua tiga hari dua video di dedahkan..

Macam syikin..sebagai seorang ibu kadang tak sanggup nak tengok video buli tu..kesian pada mangsa..yang tukang buli tu tak tahu la apa yang dorang fikir masa buat tu kan..budak belasan dah bertindak macam tu..kalau nanti dah besaq tak tahu la jadi apa..Ini la salah satu sebab sesetengah dari ibubapa tak rela nak hantar anak ke asrama, macam kin pon lagi prefer anak2 sekolah harian je sampai spm kot..bila dah lepas spm dorang dah tahu baik buruk kan..aisey cakap macam anak dah besar..hihi..tak pela planning kan.

Kalau kat asrama ni konon senior nak tunjuk kuasa kat junior la kan..so ragging la budak2 mentah yang baru nak kenal hidup berasrama..kalau ragging suaikenal je tak pe..setakat suruh mintak tandatangan senior ke..suruh bawak telur dalam sudu ke..eh eh..tetiba lak..haha..tak pon paling ganas suruh je jalan itik..kennn..barula sesi beramah mesra namanya..ni tak ko hentak..terajang..tampar..sedangkan ibubapa dorang pon tak pernah nak tampar anak sendiri..tu memang melampau la kan..
So..memang wajar la si pembuli di kenakan tindakan undang2...sebab apa yang dia buat tu mendatangkan kesan..fizikal dan mental..

Walau apa pun sebabnya..kita tak layak nak hukum orang dengan cara kita sendiri..negara kita ada undang2..
Kalau betul pon budak tu curi ke hape kan..ko repot je kat warden asrama..selesai cara elok..bukan g pukul ramai2 kan..
Yang kes dewasa pon ada..yang pencuri di bogelkan..di ikat kaki tangan letak tempat umum lalu lalang..itu lagi la tak masuk akal..kot ye pon dia mencuri..ko tangkap dan serah la pada yang berkuasa..polis..kan..tak payah la nak pukul orang tu sampai separuh mati..ada gak yang betul2 mati kena pukul tau..kita tak tahu di sebalik semua tu pasti ada sebab..so serah polis dan dorang akan siasat la kes tu.

Kita ni manusia biasa je..sekuat mana pon kita..segagah mana pun kita..sehebat mana pun kita..ingatlah Allah lagi maha berkuasa..ingatlah kita pun ada keluarga..ada orang yang tersayang..sama je semua orang..jadi kalau ada yang tak kena kita selesaikan ikut cara yang betul..ikut lunas undang2..InSHaaAllah segalanya akan di permudahkan.

Sebagai ibubapa ni peringatan untuk diri sendiri gak tau..sentiasa terapkan nilai2 agama dalam diri anak2 semasa masih kecil la..anak2 ni mudah di bentuk..akar kena kuat..barulah anak2 akan jadi orang yang patuh agama.hormat ibubapa.hormat orang lebih tua.hormat hak orang lain...moga anak2 keluarga kita sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah swt.aminn.

Ahad, 2 November 2014

Musim anak2 exam...

Assalamualaikum..

Salam 1436H.
Lama kin tak bersiaran..kan..biasala banyak yang nak kasi setel dulu..

Tambah pula anak syikin yang sulung, ammar exam, hari ni last day dorang exam...exam tadika..5 tahun je baru..
Sekolah dorang delay exam for two days..patutnya minggu lepas dah habis exam tapi isnin last week anak kepada pengasas merangkap cikgu meninggal dunia..daripada Dia kita datang dan kepaNya kita kembali..so sekolah cuti dua hari..Takziah buat cikgu mak ngah yang kehilangan anak tersayang.Moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang beriman..

Anak syikin sekolah Pasti..memang bagus hantar anak kat sekolah macam ni. Budak-budak di dedahkan dengan asas agama yang betul..dorang tahu baca doa...zikir..baca surah-surah pendek..belajar iqra'..even bacaan dalam solat pon dorang akan tahu..ikin tengok yang 6 tahun dah boleh ingat semua bacaan dalam solat..niat..doa iftitah..al-fatihah..surah pendek..doa qunut..tahhiyat awal n akhir..sejuk hati bila dengar anak-anak ni baca..moga anak-anak kita jadi anak yang soleh dan solehah..anak saham dunia akhirat..

Macam ammar dia ambil gak kelas iqra' kat sekolah..tapi kat rumah pon kami ajar dia personally..biasanya lepas maghrib ajar dia baca 2-3kali..so bila baca dengan cikgu dia..jadi cepat la coz kat rumah dah di ajar awal dan di ulang-ulang..Bila dia menginjak usia 7 tahun kami nak daftar kat kelas mengaji yang rasmi..ada satu yang dekat dengan rumah kami.Umur 5 tahun..yang paling penting dia tahu asas agama..pandai berkawan..terdedah dengan dunia luar..sebagai ibu ayah kita biar dorang explore dunia sebenar..kita cuma perlu guide dorang agar tak tersasar..Lagi satu anak-anak ni belajar melalui apa yang dorang tengok..masa dorang banyak habis dengan kita ibubapa..so ibubapa harus tunjuk teladan yang baik untuk anak-anak..ingatan untuk diri sendiri jugak ni..:)

Tapi kan memang naluri seorang ibu kot..anak 5tahun nak exam pun ibu rasa tak senang duduk dah..risau dia boleh buat ke tak..si ayah cool je..harap-harap ammar dapat jawab dengan baik nanti..ibu sentiasa doakan anak-anak ibu..moga berjaya cemerlang dunia akhirat..kalau nak spm tak tahu la ibu macam mana kan..tak tido malam agaknya..miahaha.. tapi tu normal la kan..rasanya setiap ibubapa akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak dorang..same goes to me la..

Hari jugak big day untuk adik2 SPM kita kan..good luck untuk semua..buat yang terbaik..selebihnya doa n tawakkal pada yang Esa.

Resepi kek keju blueberry yang sangat sedap..

Assalamualaikum..

Sebelum citer panjang syikin nak mintak maaf dulu ek pada yang minta share resepi coz lambat update..kebizian sikit lately ni..

Tajuk tak menahan tu..kan main panjang tajuk kan..Kek keju ni kin buat sebab mr.S tersangatla suka makan cheese..pantang nampak cis kek kat kedai bakery..cis kek ni walau sepotong pun..harga boleh tahan..daku dah la ada dua rakyat lagi..so better buat sendiri la uolls..puas hati..puas makan sampai lebam..hihi..

Di samping tu memang kin terima tempahan buat kek..so apa salah kadang2 buat kek untuk own family kan..;)

Resepi ni kin ambik dari beberapa sumber blogger lain tapi lupa nak state nama dorang..pepun tq pada yang punya resepi..tapi kin mix kan 2,3 resepi jadi cam ni..tengok yang mana senang la kan.Bidang kek n pastri ni memang kita kena pastikan sukatan yang betul..lagi2 kalau yang saya budak baru belajar kan..tapi dalam masa yang sama kita kena pandai ubah suai tengok pada bahan apa yang kita ada atau senang kita dapat..

Kin kongsi ni coz lepas kin letak gambar kat fb n profile wassup..ada kawan2 yang pm n wassup tanya resepi..oleh kerana sharing is caring..so lets chekidaut..
Lagi satu ilmu akan lebih bermanfaat jika di kongsi bersama..tak gitu..:)

Kek keju blueberry

1.base

110 g butter-dicairkan
200 g biskut oreo/digestive/marie-kisar

-satukan biskut y di kisar dgn butter y di cairkan..ramas2 sikit.
-tekan rata dalam loyang sebagai dasar kek.
-sejukkan dalam peti sementara buat filling kek sebentar lagi.
***#untuk penggunaan loyang kin cadangkan korang guna loyang yang boleh buka kat tepi tau..yang boleh keluarkan dasar loyang tu..nanti senang bila nak keluarkan kek..lagi2 kalau buat cis kek#***
***lagi satu sebelum tu korang balut dulu luar loyang dengan aluminium foil..untuk elak air masuk bila bakar nanti tau***

2.filling

500 g cream cheese
30 g butter
100 g gula kastor
30 g tepung jagung
250 g whip cream
4 biji telur-kacau sedikit

-pukul cream cheese dengan butter sampai sebati.
-kemudian tambah gula dan tpg jagung.
-bila dah agak2 sebati boleh masukkan whip cream
-masukkan telur sedikit2 ..sebatikan
-tuang atas based yang kita sediakan tadi.
-bakar 160°c secara bain-marie
***((bain-marie : masukkan loyang kek ke dalam loyang yang lebih besar yang telah di isi dengan air mendidih..seeloknya letak dulu loyang dalam oven..letak loyang kek..baru tuang air panas dalam loyang besar tadi..air lebih kurang 2inci dari dasar loyang kek))***
-bakar selama 1 jam-bergantung pada jenis oven korang tau.
-untuk setengah jam pertama elok guna api bawah dahulu..kemudian baru guna api atas dan bawah.
-bila dah masak..test;cucuk dgn lidi..keluarkan loyang yang ada air..loyang kek biarkan dahulu dalam oven selama 1jam..biarkan pintu oven terbuka sedikit.
***ni supaya kek tak terkejut tau***
-kemudian sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam peti sejuk..seeloknya semalaman..lagi sedap dimakan.

3.topping

1 sudu kecil gelatin halal
30 ml air
150 g blueberry filling

-satukan gelatin dengan air..biarkan 5 minit.
-cairkan gelatin guna double boiler/masuk je dalam oven sekejap sampai gelatin mencair.
-kemudian satukan dengan blueberry filling..gaul sebati..tuang atas kek..
-siap..

Mesti bila dah tengok resepi ni ada yang tutup mulut..ooooemmmmgeeee...remehnya nak buat..
Sebenarnya senang bila korang dah set bahan2 dia..timbang betul2..then just campur2 je.
Untuk yang saya budak baru belajar..elok gi kedai bakery tau..dalam tu semua ada..just sebut je..;)

Lagi satu kalau yang baru nak cuba korang try la buat separuh dulu..bahagi bahan2 kepada dua..boleh guna loyang 5" je..memang sesuai sangat bagi small family..3-4family members kan..
Kalau rasa nak makan banyak...pulun je buat satu resepi ni..lagipun boleh simpan dalam peti ...lagiiiii la sedap baq hang...hihi..

Selamat mencuba tau..
Kalau rasa susah sangat meh order ngan kami..;)