Khamis, 6 November 2014

Buli..ragging..apa nak jadi..??

Assalamualaikum...

Lately ni asyik keluar news berkenaan gejala buli kat sekolah berasrama kan..
Apapun jadi macam bermusim kan, ibarat kalau ada kes buang bayi...so minggu tu akan ada lagi kes yang sama..ni pon sama..kes buli..selang dua tiga hari dua video di dedahkan..

Macam syikin..sebagai seorang ibu kadang tak sanggup nak tengok video buli tu..kesian pada mangsa..yang tukang buli tu tak tahu la apa yang dorang fikir masa buat tu kan..budak belasan dah bertindak macam tu..kalau nanti dah besaq tak tahu la jadi apa..Ini la salah satu sebab sesetengah dari ibubapa tak rela nak hantar anak ke asrama, macam kin pon lagi prefer anak2 sekolah harian je sampai spm kot..bila dah lepas spm dorang dah tahu baik buruk kan..aisey cakap macam anak dah besar..hihi..tak pela planning kan.

Kalau kat asrama ni konon senior nak tunjuk kuasa kat junior la kan..so ragging la budak2 mentah yang baru nak kenal hidup berasrama..kalau ragging suaikenal je tak pe..setakat suruh mintak tandatangan senior ke..suruh bawak telur dalam sudu ke..eh eh..tetiba lak..haha..tak pon paling ganas suruh je jalan itik..kennn..barula sesi beramah mesra namanya..ni tak ko hentak..terajang..tampar..sedangkan ibubapa dorang pon tak pernah nak tampar anak sendiri..tu memang melampau la kan..
So..memang wajar la si pembuli di kenakan tindakan undang2...sebab apa yang dia buat tu mendatangkan kesan..fizikal dan mental..

Walau apa pun sebabnya..kita tak layak nak hukum orang dengan cara kita sendiri..negara kita ada undang2..
Kalau betul pon budak tu curi ke hape kan..ko repot je kat warden asrama..selesai cara elok..bukan g pukul ramai2 kan..
Yang kes dewasa pon ada..yang pencuri di bogelkan..di ikat kaki tangan letak tempat umum lalu lalang..itu lagi la tak masuk akal..kot ye pon dia mencuri..ko tangkap dan serah la pada yang berkuasa..polis..kan..tak payah la nak pukul orang tu sampai separuh mati..ada gak yang betul2 mati kena pukul tau..kita tak tahu di sebalik semua tu pasti ada sebab..so serah polis dan dorang akan siasat la kes tu.

Kita ni manusia biasa je..sekuat mana pon kita..segagah mana pun kita..sehebat mana pun kita..ingatlah Allah lagi maha berkuasa..ingatlah kita pun ada keluarga..ada orang yang tersayang..sama je semua orang..jadi kalau ada yang tak kena kita selesaikan ikut cara yang betul..ikut lunas undang2..InSHaaAllah segalanya akan di permudahkan.

Sebagai ibubapa ni peringatan untuk diri sendiri gak tau..sentiasa terapkan nilai2 agama dalam diri anak2 semasa masih kecil la..anak2 ni mudah di bentuk..akar kena kuat..barulah anak2 akan jadi orang yang patuh agama.hormat ibubapa.hormat orang lebih tua.hormat hak orang lain...moga anak2 keluarga kita sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah swt.aminn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan