Ahad, 11 Mei 2014

Bulan istimewa..SELAMAT HARI IBU..

Haiii korang..harini 10 may 2014...aku pasti ramai yang celebrate hari ibu dengan ibu tersayang kan..mesti best..bawak ibu keluar jalan-jalan..makan..beli hadiah kat ibu..tak kisahla kot korang panggil mama..umi..mak..mummy ke..yang penting dialah ibu yang melahirkan..mengasuh..mendidik..membesarkan korang kan..Bertuah bagi yang masih mempunyai ibu..macam aku..ibu yang aku panggil mak dah pergi kepada Pencipta..tahun ni dah masuk tahun ke empat pemergian arwah..al-fatihah.

Masa mak masih ada aku tak pernah lupa wish ucapan hari ibu..nak pulak hari ni jugak hari lahirnya..so jimat hadiah..two in one orang cakap kan..hihi..tak la..bagi ibu yang penting anak ingat hari bersejarah dalam hidup dia..tapi kalau anak bagi hadiah tu kira bonus penghargaan la kan..Dulu selalu beli kek..pastu beli hadiah macam baju, handbag,cincin...tu antara yang aku pernah bagi kat ibu aku..masa kecik tak kira eh..duit pun tak de kan..haha

Bulan may ni banyak hari istimewa dalam hidup aku..bermula dengan..
10.5  birthday mak
11.5  mother's day
15.5  akad nikah anniversary
21.5  birthday hubby mr.S
26.5  birthday abg aku y no 2

Lupa 1.5..hari pekerja...juga penting.haha

Kalau nak celebrate 1 per 1 kopakla poket kan..semua tarikh tu aku ingat dan sentiasa di ingatan..

Ni belum call mak mertua lagi..ish ishhhh apa punya menantu kan...hahaha..nanti petang ke malam  baru nak call ngan mr S..

Ingat nak buat kek untuk hubby la nanti..coz yang lain jauh kan..tapi dua tiga hari lepas dia dah request kek..so si istewi yang rajin ni terus buat kek walaupun dah malam...ni la istewi kan..pantang laki cakap nak makan apa..sama jugak kalau anak nak makan..ni la ibu kan...

Ibu dan isteri memang akan cuba penuhi semua permintaan..so hargailah sementara masih ada kesempatan.

Aku rindu sangat kat mak..
Teringin nak makan masakan mak..
Sunyi nak dengar suara bebelan mak..
Nak jaga mak..
Sekarang hanya doa yang mampu mengubati apa yang aku rasa..ku panjatkan doa buat ibu yang ku cinta..
Moga di tempatkan di kalangan orang beriman...

Luahkan rasa sayang anda sebelum terlambat...huhuhu..

Jom cuci mata dengan kek untuk mr S yang di cintai...wink wink wink

Babaiiii..sila telan ailioooo...

Sabtu, 3 Mei 2014

Di mana anak kita???

Lama tak bersua di blog ni kan..ala baru empat lima hari je pun kannn..kot ada yang rindu..ye tak??

Nak pikir tajuk je dah setengah jam duk taip padam..taip lagi..padam lagiiiii..adoiiiii..

Hari ni nak share pasal keselamatan anak-anak, tak kisah kat mana even kat rumah sekalipun..sebab kadang-kadang kita anggap asal kat rumah je mesti selamat..tak ada apa yang nak di risaukan...salah tu ye..sebab budak-budak ni semua benda pun jadi mainan dorang..contoh..kalau korang lepas iron baju, seterika tu kasi simpan elok-elok..kalau peralatan elektrik cam kettle elektrik ke..wayar dia jangan biar terjuntai ke bawah..buatnya si kecik pi tarik..adusss kesian beb..

Playground pun satu hal..kadang bila kita dah terbiasa kat satu tempat..kita tak pantau anak bermain..Macam aku memang selalu pantau dorang masa main, tak pernah dorang sendiri je..Tapi baru terjadi..sekelip mata, aku baru toleh tengok adik..sekali abang dah terjatuh dari gelungsur..tinggi gak la paras kepala orang dewasa..masa tu aku dan mr S punya panik..terus dokong anak bawak balik rumah..bila nampak dia ok sikit, mandikan..lepas selesai solat maghrib bawak pi HSB..doktor buat check up dan x-ray bahagian tulang rusuk..nasib baik semua ok..syukur pada-Nya atas perlindungan yang diberi..masa tengok anak tahan sakit rasa macam nak tukar tempat nak tanggung kesakitan yang di alami...aku dah trauma dah nak bawak anak pi taman..salah satu lagi faktor keselamatan peralatan taman yang kurang memuaskan..

Lepas dua hari anak aku cakap dia tak rasa sakit dada dah..amin ya Allah..Ni sikit je Allah nak bagi peringatan kat aku supaya lebih berjaga-jaga selepas ni..

So korang sama-sama la jaga anak-anak kita..jangan sampai terjadi sesuatu yang buat kita menyesal sepanjang hayat kita..
Tapi sebagai orang beriman kita kena percaya pada qada' dan qadar.

Moga kita sentiasa di bawah lindungan Allah swt.

IBU SAYANG ABANG DAN ADIK..

Sayang siapa??...,perancang terbaik...

Korang sayang siapa????

Harini aku tamak sikit..dua-dua pun nak masuk dalam satu entry..haha..suka ati je kan...
Firstly...kita kena..wajib tau..sayang Allah pencipta kita dan sekalian alam..jangan sayang yang lain melebihi-Nya nescaya kamu akan kecewa..hihi..cewahhh sangat kan..segala kebergantungan kita haruslah pada Allah.
Secondly...sayang diri sendiri dulu..ini perlu..hanya kita yang faham diri sendiri dan tahu apa yang kita nak dan sesuai..orang lain mungkin tahu tapi ikhlas ke tak kita tak tahu kannnnn..motif..???
Then...sayang kedua ibu ayah kita..mereka orang yang paling berjasa dalam hidup kita..tanpa mereka kita takkan ada harini..ibu ayah akan sayang semua anak tanpa syarat..aku rindu arwah ibu dan arwah ayah aku..teringan masa kecik-kecik..apa yang kita buat..apa yang dorang bagi..korbankan untuk kita..bila dah jadi ibu ni baru aku kian faham tahap pengorbanan yang seorang ibu akan lakukan demi anak-anak..al-fatihah buat ibu dan ayah..
Ni pun penting..sayang anak-anak kita.macam aku ammar dan amsyar adalah saham aku dunia akhirat..mereka amanah Allah untuk aku jadi lebih baik dan bertanggungjawab..anak-anak cerminan ibu ayah..jadi aku akan cuba jadi ibu yang sempurna untuk dorang..
Seterusnya....sayang partner kita..tapi berpada-pada lah ye..hihi..

Ok next topic...hahahahaah...

Kita merancang..Allah juga merancang..tapi ingat sebaik-baik perancang adalah Allah swt..
Sebab kita hanya nampak yang hari ini..tapi Allah dah tahu apa yang bakal terjadi...
Contoh..kita nak something la..nak sangat sebab kita rasa itu yang terbaik untuk kita...tapi kita tak dapat..mesti frust kan..sebagai hambaNya kita kena redho..sebab mungkin Allah nak bagi yang lebih lebih baik dari apa yang kita nak..

Angguk angguk...korang ni faham tak...hihi..korang pun mesti pernah lalui cam ni kan..semua orang la..itu pasti kan..

Apa pun dalam hidup ni kita kena berpegang pada Allah dan percaya pada qada' dan qadar...berserta usaha tau..jangan tak buat apa-apa dan cakap tak pe lah aku redoooo...oh no no no no....
Korang kena usaha dulu berlipat lipat lipat kali ganda tau...

Hanya kita yang boleh merubah hidup kita..jangan bergantung pada orang lain melainkan Dia yang satu..Allahuakhbar..