Haiii korang..harini 10 may 2014...aku pasti ramai yang celebrate hari ibu dengan ibu tersayang kan..mesti best..bawak ibu keluar jalan-jalan..makan..beli hadiah kat ibu..tak kisahla kot korang panggil mama..umi..mak..mummy ke..yang penting dialah ibu yang melahirkan..mengasuh..mendidik..membesarkan korang kan..Bertuah bagi yang masih mempunyai ibu..macam aku..ibu yang aku panggil mak dah pergi kepada Pencipta..tahun ni dah masuk tahun ke empat pemergian arwah..al-fatihah.
Masa mak masih ada aku tak pernah lupa wish ucapan hari ibu..nak pulak hari ni jugak hari lahirnya..so jimat hadiah..two in one orang cakap kan..hihi..tak la..bagi ibu yang penting anak ingat hari bersejarah dalam hidup dia..tapi kalau anak bagi hadiah tu kira bonus penghargaan la kan..Dulu selalu beli kek..pastu beli hadiah macam baju, handbag,cincin...tu antara yang aku pernah bagi kat ibu aku..masa kecik tak kira eh..duit pun tak de kan..haha
Bulan may ni banyak hari istimewa dalam hidup aku..bermula dengan..
10.5 birthday mak
11.5 mother's day
15.5 akad nikah anniversary
21.5 birthday hubby mr.S
26.5 birthday abg aku y no 2
Lupa 1.5..hari pekerja...juga penting.haha
Kalau nak celebrate 1 per 1 kopakla poket kan..semua tarikh tu aku ingat dan sentiasa di ingatan..
Ni belum call mak mertua lagi..ish ishhhh apa punya menantu kan...hahaha..nanti petang ke malam baru nak call ngan mr S..
Ingat nak buat kek untuk hubby la nanti..coz yang lain jauh kan..tapi dua tiga hari lepas dia dah request kek..so si istewi yang rajin ni terus buat kek walaupun dah malam...ni la istewi kan..pantang laki cakap nak makan apa..sama jugak kalau anak nak makan..ni la ibu kan...
Ibu dan isteri memang akan cuba penuhi semua permintaan..so hargailah sementara masih ada kesempatan.
Aku rindu sangat kat mak..
Teringin nak makan masakan mak..
Sunyi nak dengar suara bebelan mak..
Nak jaga mak..
Sekarang hanya doa yang mampu mengubati apa yang aku rasa..ku panjatkan doa buat ibu yang ku cinta..
Moga di tempatkan di kalangan orang beriman...
Luahkan rasa sayang anda sebelum terlambat...huhuhu..
Jom cuci mata dengan kek untuk mr S yang di cintai...wink wink wink
Babaiiii..sila telan ailioooo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan