Isnin, 1 September 2014

Promosi lepas rindu..

Haaa tajuk tak menahan tu..
Walaupun lepas raya,aku pasti ada yang rasa cam nak makan kek la...eh nak makan pemanis mulut la..cream puff ke..tat buah ke..tak lupa juga yang rindu tat nenas..

Kalau yang rindu..yang nak buat sebarang majlis ke..birthday.cukur jambul.tunang.baby shower.open house eh eh ada lagi kan..tak semestinya syawal je..hihi..
Boleh la tempah untuk jadi pelengkap juadah anda..
Macam aku punya tak kira musim,aku sentiasa ambik order tau..tinggal korang contact je aku melalui sms/whatsapp 0179677128 (kak syikin)
Hanya untuk orang Alor Setar sahaja.

Untuk september ni aku buat promosi terhebat..

-kek padang bola
  berat ; 1kg
  topping ; buttercream+set bola
  based ; kek coklat moist
(Rm 50 ONLY)
*rugi if xbeli coz gerenti puas hati..;)

  Amat sesuai di berikan pada anak yang ingin menyambut hari lahir..confirm dorang akan happy sangat tau.

Open order terhad pada item yang di list kan kat bawah ni je tau..

1. Kek coklat moist
    
Topping; buttercream/ganache
                (Simple deco)
Berat/rm; 1kg=rm40
                ; 2kg=rm75
Topping; cream cheese
Berat/rm; 1kg=rm50
                ; 2kg=rm90
(+rm 10-20 utk strawberi@ deco pilihan anda, depend on difficulty)

2. Cupcakes

Based; rainbow/coklat moist
Topping; buttercream
Qtty/rm; 25pcs=rm50
(Caj tambahan akan dikenakan bergantung pada deco)
Warna & tema akan cuba di penuhi

3. Kek balang

Based; rainbow
Topping; buttercream
Saiz; rendah=rm7/jar
        ; tinggi=rm9/jar
(Caj tambahan bergantung pada deco )
Min order; 5jar

4. Cream puff

Filling; custard
Price; rm 0.60/pc
Min order; 50pcs

5. Mini fruit tartlet

Filling; custard
Hiasan; 2-3 jenis buah
Price; 50pcs=rm 55
Min order; 50pcs

6. Tat nenas gulung

Price; 50biji=rm30

7. Tat nenas bentuk buah-buahan

Price; 50biji=rm50
(Individual pack also will be provided depands on customers demand)

Individual pack
9biji=rm12
16biji=rm20
24biji=rm30
35biji=rm50
-sesuai sebagai buah tangan @hadiah buat yang tersayang dan kawan-kawan

JANGAN LUPA GRAB SEPTEMBER PROMOTION..
DAPATKAN KEK BOLA ANDA SEKARANG.....

Disini lahirnya sebuah cinta...

Cinta itu menyayangi
Cinta itu disayangi
Cinta itu membahagiakan
Cinta itu melukakan
Cinta itu merindui
Cinta itu dilukai
Cinta itu penilaian
Cinta itu pengorbanan
Cinta itu memberi
Cinta itu menerima
Cinta itu suka
Cinta itu duka
Cinta itu anugerah
Cinta itu pemberian Allah
Disini lahirnya sebuah cinta..

Hanya dengan cinta dapat kita merasai semua ini..
Syukurlah tumbuhnya rasa cinta di hati
Syukurlah suburnya benih cinta di hati
Syukurlah berseminya cinta di sanubari

Damailah hati dicintai
Bahagialah hati disayangi
Berserilah hati direstui
Sabarlah hati dilukai
Tabahlah hati diuji

Kembalilah pada Ilahi
Sujudlah pada Ya Rabbi
Pengurnia rasa cinta ini
Moga redha ini abadi
Ikhlas luhur dari hati

Merdeka !!Happy Birthday Ammar...

Salam kemerdekaan
Disini lahirnya sebuah cinta...

**throwback
Ambang merdeka 2009
30.08.2009 aku dah kena admit coz air ketuban turun.dahla bulan puasa.anak sulung ni..still tak tahu lagi caner la nak bersalin ni..sakit ke tak..sebab bila air ketuban turun memang takde rasa apapun..sedar-sedar kain basah..hihu

Masa tu mak aku temankan..dannnn dia harap sangat cucu yang ni lahir 31 ogos..hihi...
Bila cite sal ni sedih lak teringat kat arwah mak..masa tu dia tak sihat sangat pun tapi dia still teman aku kat wad.Ni la seorang ibu kan..aku hargai sesangat..

31.08.2009 aku still xbersalin lagi.Anak aku rilek je kat dalam..selesa sangat agaknya dalam perut ibu..
Tapi bila doc datang check up..dia explain sal risiko bila air ketuban dah turun.
Memang tak sakit tapi baby boleh lemas kalau air ketuban dah takde...solution yang terbaik...induce ler..bertabah la hati demi anak tersayang..
But masa tu aku ok je,lagipun bukan tahu yang induce tu sakit ya amat..1st timer kan.Doc cakap tunggu sampai pagi esok if still takde contraction..induce jalannn.
Tak dapat la anak merdeka.

01.09.2009 pagi doc datang check..dalam kul 11 lebih aku dah di tolak ke wad bersalin..then dalam kul 1 lebih baru induce..mula-mula cool je..ok..tunggu bila nak sakit ni..kan semua cakap induce memang sakit sesangat..kul 2lebih kontraksi dah start..sikit-sikit lepas tu baru rasa the real sakit melahirkan..cuma untungnya ialah sakit sekejap je dalam sejam..ok la kan pada yang sakit lama tu..kul 3 lebih toink baby selamat di lahirkan..
Lega..berpeluh wehhh
Welcome my dear..Muhd Ammar Syakir.

01.09.2014 hari ni genap anak ibu 5 tahun..
Dah pandai macam-macam.
Berkat bersekolah PASTI..dah pandai baca doa dan zikir harian.
Paling suka usik adik.
Bijak ambil hati ibu dan ayah.
Dan tadi minta nak baby baru coz adik amsyar dah besar katanya..bukan baby lagi...adoiiii...

Tahun ni sambut birthday abe awal sehari..31.08.2014..senang cuti merdeka.
Malam sebelum ibu dah siapkan kek..pagi lepas subuh ibu start deco kek abe..nak kek padang bola..

Abe: cantiknya ibu buat kek.
Ibu : iya..
Abe : ni abe sayang ibu nih..
(Hilang sakit belakang dan penat lelah bersengkang mata?...haha

Main dish pun dia yang request..simple just nak ayam masak merah dan ibu padankan dengan nasi minyak kismis.
Kalau tahun lepas celebrate kat penang ajak jiran dan kawan-kawan abe..tapi tahun ni sebab baru pindah sini..kita celebrate ngan family je la..hihi..tahun depan lak In Shaa Allah bila dah mesra ngan jiran boleh la kita ajak datang party.

Semoga abe jadi anak soleh.beriman.ikut perintah Allah.tinggalkan larangan-Nya.
Berjaya dunia akhirat.jadi abang yang baik dan contoh yang tepat untuk adik.hormat orang tua.berjasa pada ibuayah.sentiasa di bawah lindungan-Nya.
Amin.