Jumaat, 17 Oktober 2014

Resepi chicken chop dengan sos cendawan lada hitam dan spagheti simple...

Assalamualaikum...

Semenjak dua menjak ni dah terajin lak syikin nak up entry masakan..bukan apa kadang kita lebih prefer makan kat luar..lagi-lagi kalau western food kan..asal nak chicken chop..lamb chop..grill ke..spagheti ke..always bertapak makan kat luar..ye idok..

Kalau sesekali ok la..tapi bagi yang dah ada anak kadang makan kat luar ni jadi rumit sikit..tak dan nak menikmati makanan tu sendiri..dalam kepala makan kasi cpt habis coz anak-anak tak dok diam...budak kan cepat bosan..then start explore sekeliling..mak pak kelam kelibut la..haha..
.
TAPI..
.
Paling utama ialah tentang kandungan masakan tu sendiri tau juga tahap kebersihan dalam penyediaan makanan..kadang kat kedai lebih penggunaan perasa..kalau kita buat sendiri kita boleh cut n add sana sini sikit..kalau kat kedai guna krim untuk buat sos..kita boleh ganti dengan low fat milk..boleh jugak control tahap kepedasan..bagi yang ada anak nak kasi sesuai dengan selera anak kita kan..
Then..percayalah bila tengok anak-anak dan suami makan..segala penat lelah rasa berbaloi...yang penting sediakan semua tu dengan ikhlas penuh kasih sayang untuk family tercinta..

So tangan pun dah lenguh duk membebel...jom cek resipi ek.. ni resepi western ala melayu tau..xdenya syikin tambah mixed herbs ke hape ke..kita guna apa yang biasa ada kat dapur kita je..senang keje kan...,;)

Chicken chop with mushroom blackpepper sauce.

Untuk ayam.
4 ketul ayam(paha buang tulang sampai pangkal/dada ayam)
4 ulas bawang putih-cincang halus
5-10 biji lada hitam-tumbuk kasar
Secubit garam.

-cuci bersih ayam..toskan
-gaul ayam dengan semua bahan kat atas..perap dalam setengah jam.

***utk lada hitam terpulang pada korang la..kalau nak pedas tambah lagi..klu xnak buh pon boleh..just guna bwg putih pon ok***

Untuk goreng ayam.
Gandum/tepung jagung
Serbuk roti
Sedikit air

-ambik ayam salut dengan gandum lepas tu balik2kan dalam pinggan berisi sedikit air..last salut dengan serbuk roti..then goreng sampai kekuningan.
-angkat letak atas tisu dapur..siap..

Untuk sos.
4 ulas bawang putih-cincang
1/2 biji bawang besar-cincang
10-15 bji lada hitam-tumbuk kasar
7-10 ketul cendawan shitake-hiris nipis
Kiub pati ayam
Air
Minyak
2sb Tepung jagung+air sikit

-tumis bawang putih n bawang besar
-masukkan lada hitam n cendawan..kacau sampai cendawan layu sikit
-tambah air n kiub ayam..
-bila dah rasa ok then tutup api..bila dah suam2..masuk dlm blender..blend..
-masuk balik dalam periuk...tambah tepung jagung untuk pekatkan sos.
-boleh tuang atas ayam yang dah siap tadi..

***syikin tak blend coz hubby nak rasa cendawan seketul-seketul***

Untuk spagheti
Rebus spagheti dalam air yang di tambah sedikit minyak dan garam.
Bila dah lembut cepat angkat dan siramkan dengan air biasa.

-ambil 3-4 ulas bawang putih..hempuk sikit dan cincang..tumis bawang putih, tambah daging/ayam cincang, masukkan spagheti..seasoning sikit..kacau sekejap then tutup api..siap..

***kalau nak buat cam sos carbonara..just ambil resepi sos cendawan lada hitam kat atas..tambah dengan susu rendah lemak...jadilah sos cendawan berkrim***

Siap semua..masa untuk hidangkannn..kasi dressing lelawa sikit..ala2 restoran..baru semangat nak makan.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan