Ahad, 19 April 2015

Persediaan perkahwinan...

Syikin percaya sebut kawin je ramai yang senyum-senyum kambing kan.haha..

Sebelum kahwin..

1. Pasangan..calon suami/isteri

Of course LA kan, kawin ni kena ada dua orang..kalau sorang bukan kawin namanya..kekeke

2. Kursus kahwin

Ni kalau tak ada pasangan lagi pon boleh je sertai..bukan wajib pergi bersama pasangan tau..buat awal sampai masa terus kawin..mode; ready..hihi

3. Merisik (optional)

Ikut adat mak-mak kita dulu, kena pergi merisik..masa ni la hantar tanda cincin belah rotan ke..cop dulu..masa ni dua pihak berbincang pasal pertunangan, berapa dulang nak bawa, barang apa..masa ni penting kukuhkan silaturrahim dua family.

4. Hantaran tunang

Ni terpulang pada pasangan LA..nak bawak berapa, nak bagi APA..ikut kemampuan dan keperluan..jangan bagi benda yang takkan kita pakai atau guna.. Tu amalan syaiton namanya..bazirkan..

5. Bertunang (optional)

Bila dah setuju..then next phase..bertunang..paling elok tunang kejap je..lama pon boleh..kasi can LA belah lelaki kumpul duit kan.

6. Kad kahwin

Kad paling cun tempah tiga bulan sebelum majlis..tak LA semput orang yang print kad tu nanti..kekeke

7. Pelamin, mak andam, jurugambar

Bab ni biasa pakej..one stop centre..hihi..tempah pelamin dah sekali dengan baju persalinan..dah senang pulak dorang rekemen mak andam dan jurugambar..silap haribulan korang dapat gubahan hantaran percuma tau..tak pun dapat lapik dan dulang percuma macam syikin dulu..;)

8. Bajet kenduri, khemah

Penting nak kena tahu berapa jemputan, nak sedia berapa jenis lauk, nak nasi apa.. Nak desert APA..nak candy buffet ke tak..tengah in kan ..

9. Mas kahwin dan duit hantaran

Mas kawin WAJIB tau bakal-bakal suami..duit hantaran ni terpulang pada kemampuan LA..

10. Borang kahwin

Ni kena pergi rujuk tok imam masing-masing tau..nanti tok imam akan beritahu dokumen apa yang perlu..tempah tarikh dengan tok imam tau..kan tok sibuk lak..

11. Hantaran

Hantaran kawin lain lak ye..tadi tunang..Ni pon depend.. Mcm si kinah tu hubby dia bagi hantaran semua kasut sukan adidas..senang..laktokla di situ dah kinah nak kan..bagi apa yang pasangan kita perlu..

12. Jemputan

Kad dah tempah.. So apa lagi..sebulan sebelum majlis dah boleh start menjemput saudara Mara, jiran tetangga tau..

13. Door gift

As simple as bagi gula-gula kat budak-budak..sekarang macam-macam trend..bagi cawan LA, hiasan LA..tapi macam membazir lak coz orang takkan simpan..jarang yang simpan tau..

Huh..penat buat list wedding preparations ni..
Ada gak cita-cita nak jadi wedding planner tau..hihi..

Ni apa yang syikin rasa penting LA..to be alert..mungkin korang ada nak tambah apa-apa..silakan lah ye..



Didik anak Syurga...

Salam...

Hari ni Syikin just nak tanya ..

Rasa korang sejauh mana persekitaran mempengaruhi cara anak-anak membesar??..maksud Syikin cara bercakap, bergaul, belajar..cara bersosial..

Memang IBU bapa yang selayaknya mencorak amanah yang di beri Allah..

Tapi..

Contoh..
" IBU beri boneka ana bu..." Gulp...

Tu bagi yang ada bibik..anak-anak seharian dengan bibik..

Syikin punya lain cerita..but cannot reveal here LA..hihi..

Yang penting sebagai ibu doa kita adalah penawar dan tanpa hijab..Amin..moga Allah perkenankan segala yang kita niat dan buat untuk anak-anak syurga kita..

Pindah -part 1

Salam sayang buat semua...

Sudah berkurun lama rasanya syikin tidak meluangkan masa menulis di halaman maya ini..wow..**ayat novel ..hihi

Kesibukan melanda..banyak sekali perkara yang perlu di selesaikan.
Sebenarnya syikin berpindah dari Aloq Staq ke Kota Bharu tanah tumpah darahku...eceeewahhh..

Sebelum urus soal pindah, abe busy dengan training bola sepak, sukan daerah..dapatlah dua medal pertama dalam sejarah hidup abe..moga anak ibu terus cergas dan cerdas.

Lepas sukan abe ada monthly test..a bit risau LA dengan masa banyak training terpaksa skip class.. Alih-alih testttt..but Alhamdulillah abe dapat result with flying colours.. 90, 94, 98, 98, 100...good boy..thanks to Allah.

Syikin busy urus pertukaran sekolah abe, pergi cancelkan pendaftaran tahun 1 yang dah di buat kat sana..packing semua barang-barang..huh..sementara tu masih kencang tempahan sandwich masuk tau..tak menang tangan..rezeki..

Setel lori angkut barang gerak ke Kb..esok pagi barulah kami bertolak pulang..sedih jugak nak tinggal kan AS..walaupun baru setahun lebih di sana..Seminggu sebelum pindah sempatla buat jamuan kecil-kecilan ajak jiran tetangga..eh eh takde tangga la..haha..
Syikin masak bihun goreng, pulut kuning, rendang ayam, kek coklat, cupcake, tembikai dan air jagung susu..simple tapi lepas majlis rasa penat yang amat tau..everything by me...
Selang  dua hari syikin buat pulut berinti dalam lapan individual container untuk agih-agih pada cikgu kat sekolah abe..Abe dapat present dari cikgu kesayangan..color pencil dan tabung..tq cikgu..especially to cikgu Busra dan cikgu Azizah a.k.a makngah dari Pasti As-Salam, Taman Pelangi, Kuala Kedah..halalkan segala ilmu untuk abe..moga berguna dunia akhirat..

Adoiii panjangnya lahai..ni baru cerita sebelum pindah..selepas tak lagi ni tau..hihi..

Sambung nanti eh..babai..lapar lak tengok gambar makanan ni...huawaaaaaa