Jumaat, 26 Jun 2015

Salam ramadhan...

Hai...

Penat ek puasa...??:)

Sekejap je rasa kan..dh nak habis fasa pertama 10 hari ramadhan..

Puasa

Ibadah tambahan

Beli baju raya anak

Part time job

Buat kek dan kukis

Kemas rumah untuk raya

Raya

Open house....

Penattttt.....

Babaiii hihi

Selasa, 9 Jun 2015

Tempahan biskut raya 2015 di Kota Bharu

Haiiii...

Ramadhan bakal menjelma..tinggal dalam dua minggu je lagi..

Biskut raya dah tempah ke korang..kalau belum meh tempah dengan Kin..yang dah tempah pon boleh top up lagi kalau nakkk..hihi

Ni homemade punya biskut dan kek tau..quality memang Kin jaga..sebab tu ambik tempahan pon tak banyak sangat..yang pasti anda akan puas hati bila rasa dan makan nanti..ramai yang repeat order tau..hurmmmm....

Tahun ni Kin buat tak banyak jenis..sibuk pindah..dalam bulan puasa lak tu..huawaaaaa..

Kalau tahun lepas di aloq staq..tahun ni di Kota Bharu..nak cuba..jom cek list biskut dan kek yang Kin buat..

Biskut.
1.semperit/dahlia/sarang semut
2.nestum bijan
3.badam salju
4.tat nenas gulung
5.tat buah

Kek.
1.kek coklat moist
2.kek pelangi
3.kek coklat cheese
4.kek blueberry/strawberry cheese
5.kek snow cheese

Kin pun ada buat mini sandwich/cream puff/cupcakes/cheese tartlet untuk korang yang nak buat open house/ birthday party/ just makan2.. Just inform Kin ok..nanti kita runding;)

Ahad, 19 April 2015

Persediaan perkahwinan...

Syikin percaya sebut kawin je ramai yang senyum-senyum kambing kan.haha..

Sebelum kahwin..

1. Pasangan..calon suami/isteri

Of course LA kan, kawin ni kena ada dua orang..kalau sorang bukan kawin namanya..kekeke

2. Kursus kahwin

Ni kalau tak ada pasangan lagi pon boleh je sertai..bukan wajib pergi bersama pasangan tau..buat awal sampai masa terus kawin..mode; ready..hihi

3. Merisik (optional)

Ikut adat mak-mak kita dulu, kena pergi merisik..masa ni la hantar tanda cincin belah rotan ke..cop dulu..masa ni dua pihak berbincang pasal pertunangan, berapa dulang nak bawa, barang apa..masa ni penting kukuhkan silaturrahim dua family.

4. Hantaran tunang

Ni terpulang pada pasangan LA..nak bawak berapa, nak bagi APA..ikut kemampuan dan keperluan..jangan bagi benda yang takkan kita pakai atau guna.. Tu amalan syaiton namanya..bazirkan..

5. Bertunang (optional)

Bila dah setuju..then next phase..bertunang..paling elok tunang kejap je..lama pon boleh..kasi can LA belah lelaki kumpul duit kan.

6. Kad kahwin

Kad paling cun tempah tiga bulan sebelum majlis..tak LA semput orang yang print kad tu nanti..kekeke

7. Pelamin, mak andam, jurugambar

Bab ni biasa pakej..one stop centre..hihi..tempah pelamin dah sekali dengan baju persalinan..dah senang pulak dorang rekemen mak andam dan jurugambar..silap haribulan korang dapat gubahan hantaran percuma tau..tak pun dapat lapik dan dulang percuma macam syikin dulu..;)

8. Bajet kenduri, khemah

Penting nak kena tahu berapa jemputan, nak sedia berapa jenis lauk, nak nasi apa.. Nak desert APA..nak candy buffet ke tak..tengah in kan ..

9. Mas kahwin dan duit hantaran

Mas kawin WAJIB tau bakal-bakal suami..duit hantaran ni terpulang pada kemampuan LA..

10. Borang kahwin

Ni kena pergi rujuk tok imam masing-masing tau..nanti tok imam akan beritahu dokumen apa yang perlu..tempah tarikh dengan tok imam tau..kan tok sibuk lak..

11. Hantaran

Hantaran kawin lain lak ye..tadi tunang..Ni pon depend.. Mcm si kinah tu hubby dia bagi hantaran semua kasut sukan adidas..senang..laktokla di situ dah kinah nak kan..bagi apa yang pasangan kita perlu..

12. Jemputan

Kad dah tempah.. So apa lagi..sebulan sebelum majlis dah boleh start menjemput saudara Mara, jiran tetangga tau..

13. Door gift

As simple as bagi gula-gula kat budak-budak..sekarang macam-macam trend..bagi cawan LA, hiasan LA..tapi macam membazir lak coz orang takkan simpan..jarang yang simpan tau..

Huh..penat buat list wedding preparations ni..
Ada gak cita-cita nak jadi wedding planner tau..hihi..

Ni apa yang syikin rasa penting LA..to be alert..mungkin korang ada nak tambah apa-apa..silakan lah ye..



Didik anak Syurga...

Salam...

Hari ni Syikin just nak tanya ..

Rasa korang sejauh mana persekitaran mempengaruhi cara anak-anak membesar??..maksud Syikin cara bercakap, bergaul, belajar..cara bersosial..

Memang IBU bapa yang selayaknya mencorak amanah yang di beri Allah..

Tapi..

Contoh..
" IBU beri boneka ana bu..." Gulp...

Tu bagi yang ada bibik..anak-anak seharian dengan bibik..

Syikin punya lain cerita..but cannot reveal here LA..hihi..

Yang penting sebagai ibu doa kita adalah penawar dan tanpa hijab..Amin..moga Allah perkenankan segala yang kita niat dan buat untuk anak-anak syurga kita..

Pindah -part 1

Salam sayang buat semua...

Sudah berkurun lama rasanya syikin tidak meluangkan masa menulis di halaman maya ini..wow..**ayat novel ..hihi

Kesibukan melanda..banyak sekali perkara yang perlu di selesaikan.
Sebenarnya syikin berpindah dari Aloq Staq ke Kota Bharu tanah tumpah darahku...eceeewahhh..

Sebelum urus soal pindah, abe busy dengan training bola sepak, sukan daerah..dapatlah dua medal pertama dalam sejarah hidup abe..moga anak ibu terus cergas dan cerdas.

Lepas sukan abe ada monthly test..a bit risau LA dengan masa banyak training terpaksa skip class.. Alih-alih testttt..but Alhamdulillah abe dapat result with flying colours.. 90, 94, 98, 98, 100...good boy..thanks to Allah.

Syikin busy urus pertukaran sekolah abe, pergi cancelkan pendaftaran tahun 1 yang dah di buat kat sana..packing semua barang-barang..huh..sementara tu masih kencang tempahan sandwich masuk tau..tak menang tangan..rezeki..

Setel lori angkut barang gerak ke Kb..esok pagi barulah kami bertolak pulang..sedih jugak nak tinggal kan AS..walaupun baru setahun lebih di sana..Seminggu sebelum pindah sempatla buat jamuan kecil-kecilan ajak jiran tetangga..eh eh takde tangga la..haha..
Syikin masak bihun goreng, pulut kuning, rendang ayam, kek coklat, cupcake, tembikai dan air jagung susu..simple tapi lepas majlis rasa penat yang amat tau..everything by me...
Selang  dua hari syikin buat pulut berinti dalam lapan individual container untuk agih-agih pada cikgu kat sekolah abe..Abe dapat present dari cikgu kesayangan..color pencil dan tabung..tq cikgu..especially to cikgu Busra dan cikgu Azizah a.k.a makngah dari Pasti As-Salam, Taman Pelangi, Kuala Kedah..halalkan segala ilmu untuk abe..moga berguna dunia akhirat..

Adoiii panjangnya lahai..ni baru cerita sebelum pindah..selepas tak lagi ni tau..hihi..

Sambung nanti eh..babai..lapar lak tengok gambar makanan ni...huawaaaaaa

Isnin, 9 Mac 2015

Fenomena aiskrim kelapa...

Hai...

Betul tak sekarang ni dah bermacam idea yang maha kreatif untuk menyedapkan mata para pembeli..

Aiskrim goreng dah lama..
Aiskrim pasu tengah popular
Aiskrim kuali pon ada tau
Aiskrim lesung batu juga masuk carta
Aiskrim kelapa juga yang jadi pilihan Kak syikin tau..sedapnyaa..
Tulis ni pun terpejam mata sambil terbayang kelapa depan mata..haha
Paling win tengok aiskrim congkak..matik la nak habiskan setiap lubang congkak tu..jangan pandang belakang congkak LA jawabnya..eee serammmm..

Balik Kelantan masa CNY hari tu sempat LA jengah kedai makan ala Thai.. Menu ada aiskrim kelapa...so apa lagi..let's try it..1st time mkn ni..
Sedap..sejuk tekak..sebiji aiskrim kelapa rm6..dalam tu ada agar2,cendol,pulut,buah kabung
( stail kelate)..pahtu dalam 3 scoop aiskrim vanilla..

Bila dah balik sini..tak jumpa lagi orang jual tu..so buat sendiri je la..bukan susah pon kan...beli je semua..masuk dalam kelapa..ngapp..buat masa minum petang..

Syikin fikir duk kampung lagi senang kan...pokok kelapa bersepah2..bli aiskrim je pon..
Anak2 suka aiskrim je..syikin dan hubby je makan aiskrim kelapa..biasa la budak2 mana suka kelapa..lagi2 si kecik ni...tengok pelik je lari tak mau makan..

Tu je .. Jamu mata ngan gambar ihsan gugel ni la...
.
.satu lg aiskrim kelapa y syikin buat sendiri..sedappnyaaa meleleh ayaq liuq..